Cari apa tu?

Saturday, January 30, 2021

OPU

 Hi, guys.

Backdated story. Omma nak cerita pengalaman Omma pasal OPU. Apa itu OPU? Ovum Pick Up. Atau bahasa mudah dia ialah kutip telur. Ada banyak lagi istilah. Omma panggil OPU je.

16 Januari 2021


Omma buat TVS. Masukkan alat ke dalam vagina untuk tengok jumlah dan saiz telur dalam rahim. Telur Omma waktu ni dalam 8-9 biji. Asalnya, ada telur sebelum kiri (appointment sebelum ni). Tapi TVS kali ni, tak nampak lak.

Waktu pertemuan ni, doc bagi ubat besarkan (baca matangkan) telur dan bagi ubat untuk jaga telur agar tak pecah. Ubat ni kita kena cucuk di perut. Oleh sebab Omma penakut, Omma pi cucuk di rumah kawan Omma yang baik. 

Ada dua ubat cucuk belah pagi. Ada ubat cucuk 36 jam sebelum prosedur OPU. Omma lupa nama ubat dan spesifik date. Pasal ubat ni... Nanti boleh recce sendiri ya. Atau lain kali Omma free, Omma capatkan info.

a) Cetrotide 0.25, b) Dulcolax 5mg, c) Folliculin 150IU, d) Folliculin 75IU, e) HuCOG 5000IU

f) HuMOG 150IU, g) HuMOG 75IU

Kos keseluruhan rawatan hari ni ialah RM4235 termasuk kos ambil darah Omma. 

Next appoinment iaitu date OPU ialah...

19 Januari 2021


Actually, pada 18 Januari Omma dah ke KL. Bermalam di hotel berdekatan. Hotel lima bintang tetapi disebabkan PKP dapat harga durian runtuh. Alhamdulillah.

Mula jam 11 malam Omma dah tak minum atau makan. Sebelum OPU, memang kita diminta berpuasa sebermula jam 12 tengah malam. Omma juga diberi ubat uuk. Makan jam 10-11 malam pada 18 Januari 2021. Selain  itu, Omma juga diberi ubat antibiotik. Perlu dimakan mula pada 18 Januari breakfast dan dinner, kemudian pada 19 Januari lunch dan dinner. 

Jam 7.30 pagi Omma dah terpacak di Sunfert. Kena salin baju. Tak boleh pakai barang kemas. Tak boleh pakai sabun @ alat mandian (sebab bagi kesan pada ovum). Mula-mula, nurse cucuk untuk letak air (persediaan sebelum nak letak ubat bius).

Sebelum masuk bilik OT, Omma diminta pee dulu. Then, dah masuk... masuk ubat bius. Bius penuh tetapi dengan kuantiti ubat yang kecil. Tak tahu siap bila tapi sedar-sedar, dah siap. Omma keluar ke lokasi yang disediakan. Diberi air Milo dan biskut tawar. Omma diberitahu, ada masuk ubat apa thah melalui bontot.

Kesan OPU. So far, Alhamdulillah tak ada apa-apa. Tak ada mual. Tak ada pening. Ada bleeding sikit selepas OPU. 

Omma bermalam satu malam lagi di hotel ni. 

Kos keseluruhan untuk OPU day ialah RM6250. Kos ni termasuk extra media/ double lumen RM550 dan kos simpan embrio RM600 untuk tempoh 1/2 tahun.

Orait. Nanti free, Omma cerita lagi tapi kisah backdated lah. Hihahaha...

FET (1)

Hi, guys. Today, Omma nak share pasal perjalanan FET Omma. Semalam, Omma ada appointment doc di Sunfert. Period 3rd day, 1st cycle after OPU. 

 Just nak kongsi hasil OPU hari tu. Telur Omma dapat lima. Empat telur matang dan boleh disenyawakan. Embriologist panggil embrio. Daripada empat embrio ni, dapat 2 good, 1 fair dan 1 poor. Yang poor tu, memang embriologist tak simpan. Result kualtiti embrio ni Omma dapat pada day 3 after telur disenyawaan dengan sperm which is… 

19 Januari 2021 – OPU (dapat 5 telur  4 telur matang dan disenyawakan). 

22 Januari 2021 - Daripada 4 telur yang disenyawakan, kualiti embrio dikenalpasti (2 good/ 1 fair/ 1 poor). Embriologist simpan 3 iaitu good and fair. 1 buang terus. 

25 Janari 2021 – Daripada 3 embrio. Embriologist tunggu dan tengok development sampai day 5. Bila sampai day 5, kira jadi blastosis. 

26 Januari 2021 – Embriologist call dan bagitahu berapa yang berjaya jadi blastosis. Alhamdulillah. Tak banyak banyak tetapi tetap bersyukur. Dapat dua out of three. Yang fair tu tak berkembang. Appointment Omma yang seterusnya ialah pada day 2nd @ day 3rd period cycle pertama after OPU. 

Period day 1st Omma jatuh pada 28 Januari 2021 jam 9.00 pagi. Omma cuba call hospital tapi no answer. Cuti Thaipussam rupanya. Jadi, Omma buat sendiri appointment online dengan Sunfert. Jumpa doc pada day 3 of period. 


30 Januari 2021
– Jumpa doktor. Buat TVS. Kemudian, doc bagi date untuk prosedur FET. FET Omma dijangka pada 8 April 2021. Doakan Omma ya. Appointment ni, doc bagi pil perancang yang perlu diambil dari 30 Januari 2021 sampai 8 Februari 2021 iaitu selama 10 hari. Makan after dinner. Next appointment Omma ialah pada 5 Februari 2021. Kos keseluruhan ialah RM186.

 Bye.

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...