Hi, guys. Straight to the point. Lepas jumpa doktor kali pertama untuk memulakan prosedur TTC, Omma diminta untuk datang ke hospital (bahagian O&G) pada hari ke-2 period. But then sebelum tu, day-1 period kena call dulu clinic/ hospital untuk bagitahu yang kita dah period. Nurse akan tanya spotting atau heavy atau dah ada aliran. Kalau setakat spotting, tak dikira sebagai day-1 lagi. Tang ni Omma confuse sikit. Macam mana nak tahu yang darah tu boleh dikira sebagai darah haid untuk prosedur TTC. Nak tahu Omma buat macam mana? Haha. Agak memalukan tapi kalau malu bertanya sesat jalan kan? Omma pun ambil gambar darah pada pad dan tunjuk pada kawan yang kerja sebagai doktor. Masalah timbul lagi bila ada kawan cakap ‘belum period’ dan ada yang cakap ‘dah period’. Jadi macam mana? Tawakal ajalah. Tanya gerak hati sendiri.
Hmm…
Cakap pasal haid.
Omma nak kongsi satu tip. Tip ni berdasarkan pengalaman Omma lah. Lain orang,
lain cara dan pengalaman kan? Apa dia? Amalkan gaya hidup sihat. For example à exercise… nanti period jadi mudah nak
kira. Day-1 dah ada aliran dan tak confuse dah. Haid (untuk TTC) ke bukan ni? Cubalah.
Workout. Paling kurang 30 minit sehari. Tak boleh jugak? Buat 15 minit. Buat
je. Sikit pun tak apa asal consistent. Actually, benda ni bukan saja elok
sebagai persediaan TTC tapi bagus untuk badan kita jugak. Badan lebih fit.
Berat pun mungkin berkurangan. Itu pun kalau kita jaga pemakanan. Kalau makan tambah
2000 kal, bersenam burned 1000 kal, tak jadi lah kan.
Wokeh. Berbalik pada
cerita asal. Hari kedua period, Omma jumpa doktor untuk scan bawah. Dengan kata
lain, buat TVS. Apa lak TVS tu?
![]() |
Prosedur TVS |
TVS ni adalah
singkatan bagi transvaginal ultrasound. Transvaginal tu sendiri membawa maksud ‘melalui
vagina’. Dengan kata lain, doktor menggunakan alat pengimbas tertentu… alat tu
dimasukkan dalam rahim kita untuk tengok apa yang ada kat dalam tu. Oh ya.
Sebelum lupa, nak bagitau yang doktor akan letak gel pada alat imbasan tu.
Mungkin bertujuan untuk memudahkan imbasan dibuat (kasi licin dan tak sakit). Kalau
dalam kes Omma yang tengah nak TTC ni, of course… TVS ni bertujuan nak tengok folikel
telur. Ketebalan rahim pun boleh tengok jugak melalui TVS ni. Macam mana Omma
tahu? Sebab setiap kali buat TVS, doktor akan bebel sendiri dan cakap… “Sebelah
kiri ada 5. Sebelah kana nada 3. Dinding rahim cantik tebal blabla.” Selain tu,
kedudukan rahim juga boleh dikenalpasti waktu buat TVS. Untuk kes Omma, rahim
Omma terbalik. Kalau ikut logik akal, dah rahim terbalik… mesti susah sperma
nak berenang ke tiup fallopio cari ovum kan? Don’t worry. Rezeki itu adalah ketentuan
Allah. Doktor bagitahu Omma. Rahim terbalik tu normal. Macam gigi. Ada orang
gigi macam A. Ada orang gigi macam B.
![]() |
Keadaan rahim wanita |
Semasa nak buat
TVS, kita akan disarankan buka panty. So, sesiapa yang ada appointment untuk
buat TVS tu, better pakai skirt. Jadi, buka panty ajalah. Seluar tak payah
buka. Then, kita berbaring atas katil dengan kaki diangkat (tak reti nak tulis
camne. Nanti Omma cari gambar). Doktor akan masukkan alat imbasan yang dah
letak gel tu ke dalam rahim. Kat sini… Omma sarankan selawat dan istighfar
banyak-banyak. Sebab… kalau panik @ terlalu takut… nanti sakit. Jadi, cuba
relax. Suruh relax, memanglah mudah. Suruh je kan. Cuba baring kat atas katil
tu… dah tu, tak kan Omma nak suruh menangis dan meraung.
Bila alat imbasan
dah dimasukkan ke dalam rahim, kita akan nampak pada skrin apa-apalah yang
doktor nak tengok. Alat imbasan tu akan digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan.
Macam Omma kata, kekal tenang. Kalau panic atau terlalu takut, jadi sakit. Jadi
tegang. Jadi, banyakkan selawat dan istighfar.
Eh, lupa pulak.
Sebelum TVS ni… nurse akan saran pergi pee dulu. Nak poo pun boleh. Maybe sebab
nak bersihkan darah period yang ada sebelum jumpa doktor. Ya lah. Day-2 tu
tengah heavy kot. TVS ni jugak Omma perasan doktor buat day-2 atau day-3. Kalau
day-2 jatuh public holiday, kena buat pada day-3 lah.
Selesai buat TVS,
doktor akan bagi ubat yang dipanggil Clomid. Clomid tu apa? Clomid ni adalah
ubat kesuburan untuk rangsang ovari supaya keluarkan telur matang. Pada
peringkat awal TTC, doktor memang bagi Clomid. Omma lupa untuk berapa hari.
Nanti dah recall Omma tulis balik. Lepas tu… ada ubat lain lak. Next time Omma
share. Lain waktu juga Omma akan cerita pasal Clomid ya.
Baiklah. Semoga
perkongsian yang sedikit ni dapatlah bantu mummy to be semua ya. Jom kita
doakan agar kita semua dapat baby.
ps: Cerita ni
adalah berdasarkan pengalaman Omma tau. Cuma gambar tu, Omma ceduk di Google
Image.
No comments:
Post a Comment