Cari apa tu?

Tuesday, November 23, 2021

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai-sampai, terus pee. Kemudian, minum air satu botol air pink dan 4 cawan air. Baru bladder just nice.


ERA berlangsung mudah. Cuma, jalan nak bawa embrio ke rahim tu, sempit. Jadi, doktor guna Mock ET. Doc ada sebut juga pasal Adeno. Omma tanya..  kalau Adeno macam mana? Doc cakap, tak apa. Nanti akan bagi lucrin. Jadi, 2nd @ 3rd day period, mai jumpa doc untuk ambil lucrin dan rancangan seterusnya. 


Kos mock ET RM250. 

Kos ERA RM5300.

Kos antibiotik Cefuroxime Stada 250mg RM45.

Kos admin RM10.

Total kos RM5605.


Antibiotik mula makan malam ni 1 biji. Makan dua kali sehari selama 5 hari. Prosedur ERA ni ada kesan bleeding tapi tak banyak. Doc juga ada cakap tadi... Dah ambil Probiotik? Omma cakap, doc cakap apa-apa pun lagi. Jadi, tak pasti doc sebenarnya nak minta makan Probiotik sejak bila. Tapi, doc suruh makan lah.


Lain-lain semua okey cuma dengan biller tadi, macam confuse. Biller boleh tanya... ada buat scanning tak (sebab nak charge kot). Omma tanya, bukan ke ERA ada scanning, kenapa nak charge scanning lagi? Bukan ke dalam ERA sendiri doc akan scan untuk tengok kat dalam rahim tu. Lepas tu, dia cakap... dah buat mock jadi tak perlu kos untuk scanning? Confuse lagi... Kan dua tu dua benda berbeza?


Okey. Doakan Omma. Down sikit dengan rawatan tapi langkah aja. Keberjayaan bukan dari doc tapi Allah. 


Wednesday, November 17, 2021

KLF 16 (17 November 2021)

Hi, sisturs. Hari ni, Omma jumpa doc. Buat TVS day 13. Lining dalam 7mm. Omma baca, minimum lining bagi tujuan penempelan ialah 8mm.


Omma perlu teruskan Progynova 2mg sampai 24/11 pagi. Kos di KLF bagi 1 kotak Progynova ialah RM50. Di farmasi Eureka pula ialah RM29.80. 


Mulai 19/11, Omma akan insert ubat Utrogestan 100mg. Di KLF harganya RM180 satu kotak. Di Eureka tak check lagi. Insert ubat sharp setiap hari bermula jam 8.00 pagi. Insert tiga kali sehari. 


Result ujian darah Omma pula. Doktor cakap okey. Sebab tu boleh teruskan prosedur.


Serum Oestradiol <18 pmol/ L


Follicular phase 46 - 607 pmol/ L

Luteal phase 161 - 774 pmol/ L

Ovulatory 315 - 1828 pmol/ L

Post menopausal 18.4 - 201 pmol/ L

Pregnant (1st trimester) 789 - 15780 pmol/ L


Note: Efektif 5/10/2021


Progesteron < 0.5 nmol/ L


Follicular phase 0.2 - 2.8 nmol/ L

Ovulatory 0.4 - 38.1 nmol/ L

Luteal phase 5.8 - 75.9 nmol/ L

1st trimester 35 - 141 nmol/ L

2nd trimester 89.8 - 264 nmol/ L

3rd trimester 187 - 681 nmol/ L


Note: Efektif 5/10/2021


Kos rawatan hari ini RM395. RM360 (untuk 2 kotak Utrogestan 100mg), RM25 untuk TVS dan RM10 untuk admin fee. 


Next appoinment Omma pada 24 November 2021 jam 12.30 tengah hari. Bladder kena penuh. Doakan Omma.



Wednesday, November 10, 2021

KLF 15 (3 November 2021)

Hi, sisturs. Tak sempat nak update pertemuan dengan doc tempoh hari. Pada 3 November, Omma jumpa doc lagi. Buat TVS untuk tengok cyst kecut @ tak.

 Alhamdulillah. Cyst kecut setelah ambil Microgynon untuk tempoh lebih kurang 1 bulan. Last makan Microgynon ialah pada 2 November. Next appointment Omma ialah pada 17 November untuk buat TVS sekali lagi. Jangkaan buat ERA ialah pada 22 November. Result ERA keluar sebulan selepas itu. Pada appointment 3 November, Omma ada ambil darah juga untuk ujian Estrodial dan Progesteron. 

Kos untuk setiap satu ujian ialah RM90. Pada 6 November pula, Omma mula makan ubat Progynova untuk tebalkan rahim. Makan tiga kali sehari iaitu pada jam 7 pagi, 2 petang dan 9 malam. Kos appoinment hari ni ialah RM315 (RM180 ujian darah + RM100 untuk 2 kotak Progynova + RM10 kos admin + RM25 TVS).


Sunday, October 24, 2021

KLF 14 (22 Oktober 2021)

Hi, sister. 22 Oktober 2021 Omma ada appoinment dengan Dr. Buat TVS. Cyst tempoh hari tak mengecut walaupun dah makan Microgynon. Kalau pada 13 Oktober saiz 19mm. Pada 22 Oktober pun saiz lebih kurang sama. Jadi, ERA tak dapat diteruskan. Omma kena teruskan makan Microgynon sampai 2 November 2021. Jumpa doktor pada 3 November 2021. 

Omma adalah baca. Antara makanan yang disarankan untuk mengecutkan cyst. Antaranya brokoli, yogurt, buah sitrus, oat, bawang putih, bawang merah, badam. Supplement pulak Vitamin C, Vitamin E, Multivitamin, Omega 3. 

So far... Omma tak ada lah rasa sakit apa-apa. Cuma period Omma macam tak stabil. Dah 15 hari tapi masih bleeding (sikit je warna hitam). Doakan semuanya okey ya. Kos pertemuan pada 22 Oktober ialah RM35. RM25 untuk TVS. RM10 untuk admin fee.

Bye.

Sunday, October 17, 2021

KLF 13 (13 Oktober 2021)

Hi, sisters. Lama tidak bersiaran. Baiklah. Straight to the point. Omma ada jumpa doktor pada 13 Oktober. Antara isi pertemuan tersebut ialah perbincangan tentang kaedah FET. Doktor juga ada buat TVS. Ada cyst saiz 19mm dan doktor minta Omma makan ubat Macrogynon (pil perancang). Makan sekali sehari selepas dinner dari 13 Oktober 2021 sampai 21 Oktober 2021. Tujuan makan ni ialah untuk bagi cyst mengecut. Pertemuan kali ni, agak panjang sebab banyak persoalan daripada suami. Terutama berhubung kaedah ERA yang kami rancang untuk gunakan.

Cyst Omma.


Sebenarnya... ada beberapa persoalan yang bermain dalam minda Omma. 

Pertama

Pada pertemuan pertama dengan doktor... apabila bercakap tentang pakej mana yang hendak digunakan, Omma dan suami memilih untuk mengambil pakej RM20,100 (ubat stimulate unlimited). Pun begitu, sewaktu prosedur berlangsung, doktor memilih untuk menggunakan pakej RM16,000.

Perkara yang menjadi persoalan dalam minda Omma... kenapa tidak gunakan pakej ubat unlimited. Kata doktor, untuk tujuan jimat kos. Walaupun begitu, dalam masa yang sama... apabila telur yang dikutip tidak banyak... doktor berulang kali menyarankan kami membuat OPU kali kedua dengan kos RM15,100 (diskaun RM1,000). Bukankah lebih baik jika pada peringkat awal kami menggunakan ubat unlimited (untuk mendapatkan kuantiti telur yang lebih tinggi). Untuk rekod, Sewaktu TVS, telur yang dapat dilihat ada 5. Apabila OPU, telur yang matang ada 4. Doktor pula dapat ambil setakat 3. Jadi, daripada Omma perlu menyediakan RM15,100 untuk 2nd OPU, Omma hanya perlu menambah RM5,000. RM10,000 dapat save kat situ. 

Dari segi logik akal Omma yang bukan dalam bidang perubatan, adalah lebih baik kita tambah dos ubat stimulate. At least, dapatlah 5 telur matang sebagaimana yang dibuat oleh doktor yang merawat kawan TTCian Omma di Sunfert. Persoalan ni masih belum dapat jawapan. Bila doktor cakap untuk membantu kami dalam penjimatan kos, rasanya lebih jimat berbanding buat 2 kali OPU.

Kedua

Pada pertemuan pertama dengan doktor juga, kami sudah memaklumkan awal-awal yang kami ingin menggunakan kaedah ERA. Iyalah. Setelah mendepani 2 kali FET failed, kami nak cuba buat yang terbaik kami boleh buat. 

Pun begitu, setelah OPU... doktor telah freeze telur yang berjaya disenyawakan pada Day 2 sedangkan menurut doktor, syarat ERA ialah embrio day 3. Doktor ada sebut... untuk next OPU, kalau nak buat ERA doktor akan freeze sembrio pada day 3. Sedangkan, perancangan tentang ERA ini kami sudah maklum awal pada doktor. 

Oleh sebab cycle ni kami nak buat kaedah ERA, doktor perlu thaw embrio dan push sampai day 3. 

Ketiga

Di sini, para pesakit diberikan ID pesakit. Pada peringkat awal, kami berasa lega sebab maklumat pesakit dapat dirahsiakan. Pun begitu, dalam pertemuan kali ini... doktor telah merujuk rekod pesakit lain (pap smear). Dalam rekod pesakit tersebut, keputusan pap smear beliau agak teruk. Maka, doktor menyarankan Omma untuk mengambil probiotik. Apabila Omma menyatakan yang nama pesakit bukanlah nama Omma, ubat yang diambil kekal sama. Kata doktor, untuk meningkatkan peluang kehamilan. 

Keputusan Pap Smear Omma

Keempat

Suami telah memaklumkan pada embriologist untuk freeze embrio secara berasingan. Apabila bertemu dengan doktor selepas OPU, doktor nyatakan bahawa rekod menyebut bahawa embrio dibekukan bersama dalam satu straw. Apabila Omma menghubungi embriologist untuk mendapatkan pengesahan, menurut rekod... embrio dibekukan secara bersama. Pun begitu, apabila Omma complaint, embriologist menyatakan pula bahawa embrio dibekukan secara berasingan. Kata-kata yang tidak sekata ini membuatkan Omma tertanya-tanya... "Apa sebenarnya yang betul."

Hmmm...

Entahlah. Apabila sampai ke tahap ini... Omma pun tak boleh berpatah balik lagi. Cuma mengharapkan keajaiban daripada Allah. Lagi pula, bukan doktor atau embriologist yang menentukan kejayaan IVF ni. Doakan Omma. Walaupun agak kecewa, Omma berusaha untuk reda dan pasrah dengan sesuatu yang tidak memuaskan hati. Bersangka baik bahawa doktor telah cuba buat yang terbaik untuk membantu dan yakin dengan kepakaran doktor. Tentang persoalan di atas, biarlah menjadi persoalan. Omma catitkan di sini agar mudah menjadi rujukan buat diri Omma sendiri.

Oh ya. Kos untuk pertemuan kali ini ialah RM140.

Tuesday, September 28, 2021

Masukkan satu atau dua embrio

Hi, sisters. Hari ni, Omma nak share pasal ilmu Omma dapat hasil daripada jawapan doktor pakar serta berdasarkan pengalaman rakan-rakan gojes Omma. Oh ya. Sebelum tu, Omma nak stori sikit.

Omma dan suami agak confuse. FET nanti, nak masukkan 1 embrio atau 2 embrio. Suami Omma prefer 1 atas alasan, jika gagal, kami ada berbaki 1 embrio lagi. Doktor pulak saran 2. Atas alasan, jimat dan doktor tak pastikan embrio tu ada baby atau tak. Actually, cara doktor memberi saranan tak cukup hikmah but okay. 

Untuk rekod, OPU hari tu Omma dapat 3 telur out of 4 @ 5. Daripada 3, 2 berjaya disenyawakan dengan masing-masing 4 dan 6 sel pada hari kedua. Ikutkan pembacaan Omma, day 2 embrio patutnya sel dalam 2-4. Day 3 pula dalam 6-8 sel. Jadi, kita boleh nampak, 1 embrio laju. Ikutkan pertemuan dengan doktor... doktor cakap kedua embrio gred baik. Cuma... Omma ambil kira juga penerangan embriologist yang 1 embrio baik, 1 lagi biasa-biasa. Apabila Omma persoalkan, kenapa biasa-biasa sebab doktor cakap both baik. Embriologist cakap sebab 1 embrio tu saiz dia tak sekata ada kecik ada besar. Jadi, Omma beranggapan... satu gred A, satu gred B (sebab embriologist tak bagi penerangan jelas pasal gred ni).

Gambar embrio mengikut Gred. Dari kiri ke kanan A, B, C.

Lantas, Omma bertanya kepada doktor-doktor fertility (DM di Instagram). Kat bawah ni jawapan doktor-doktor pakar...

Pandangan pakar.

Pandangan Dr. O&G dari Serdang.

Pandangan Dr. Pakar dari Sabah. Beliau juga menyarankan Omma menuruti saranan doktor yang merawat.

Pandangan Dr. Pakar ni lain sikit. Boleh masuk embrio day 2. Untuk tingkat kehamilan, masukkan 2. Dr. ni amat berhikmah dalam menulis. Kalau sesiapa duduk Utara Tanah Air, boleh cari beliau. 

Kat bawah ni pulak hasil diskusi dengan rakan-rakan TTCian.

Pandangan - kalau blastosis masuk 1, kalau day 2 @ 3 masukkan 2.


Pandangan - jika gred tak berapa bagus masukkan 2.

 Sebenarnya, ada beberapa persoalan bermain dalam minda Omma berhubung prosedur IVF kali ni. Insya-Allah, nanti Omma kongsikan ye. Doakan Omma. Lots of love.

KLF 12 (27 September 2021)

Hi, sisters. Lama tak bersiaran. Ada kekangan sikit. BTW, Omma baru jumpa doktor Isnin lepas. Untuk pertemuan tu, ada buat scan. Ada nampak 1 telur yang dah matang iaitu bersaiz 16mm. Dinding rahim pula 8mm. Okey lah untuk SI. 

Lepas tu... kami ada bincang pasal kaedah FET nanti. Ikut cadangan asal, doktor saran buat intralipid tapi sebenarnya... seawal pertemuan dengan doktor lagi kami dah maklum pada doktor kami nak buat ERA. Hasil perbincangan lagi, kami hampir memutuskan untuk buat ERA dan intralipid. Doktor sarankan masukkan 2 embrio. Suami Omma prefer masukkan 1 embrio atas sebab... kalau 1 gagal, akan ada 1 lagi. Doktor pula cakap... tak pasti embrio ada tu jadi baby atau tak kalau nak push.



Total RM6675.00

Kos pertemuan dengan doktor RM35. Kos untuk buat kaedah ERA seperti dalam gambar di atas. Cucuk lucrine untuk kecutkan adeno (bengkak dalam rahim). E2 & P4 tu ambil darah. Tak sure untuk apa. Intralipid tu kaedah torehan. ERA pula berkait dengan timing. Balik dari appointment di KLF, Omma buat akupuntur di Han Cyberjaya. Lama tak buat... jadi sakit pulak. 

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...