Hi, sisters. Lama tidak bersiaran. Baiklah. Straight to the point. Omma ada jumpa doktor pada 13 Oktober. Antara isi pertemuan tersebut ialah perbincangan tentang kaedah FET. Doktor juga ada buat TVS. Ada cyst saiz 19mm dan doktor minta Omma makan ubat Macrogynon (pil perancang). Makan sekali sehari selepas dinner dari 13 Oktober 2021 sampai 21 Oktober 2021. Tujuan makan ni ialah untuk bagi cyst mengecut. Pertemuan kali ni, agak panjang sebab banyak persoalan daripada suami. Terutama berhubung kaedah ERA yang kami rancang untuk gunakan.
Cyst Omma. |
Sebenarnya... ada beberapa persoalan yang bermain dalam minda Omma.
Pertama
Pada pertemuan pertama dengan doktor... apabila bercakap tentang pakej mana yang hendak digunakan, Omma dan suami memilih untuk mengambil pakej RM20,100 (ubat stimulate unlimited). Pun begitu, sewaktu prosedur berlangsung, doktor memilih untuk menggunakan pakej RM16,000.
Perkara yang menjadi persoalan dalam minda Omma... kenapa tidak gunakan pakej ubat unlimited. Kata doktor, untuk tujuan jimat kos. Walaupun begitu, dalam masa yang sama... apabila telur yang dikutip tidak banyak... doktor berulang kali menyarankan kami membuat OPU kali kedua dengan kos RM15,100 (diskaun RM1,000). Bukankah lebih baik jika pada peringkat awal kami menggunakan ubat unlimited (untuk mendapatkan kuantiti telur yang lebih tinggi). Untuk rekod, Sewaktu TVS, telur yang dapat dilihat ada 5. Apabila OPU, telur yang matang ada 4. Doktor pula dapat ambil setakat 3. Jadi, daripada Omma perlu menyediakan RM15,100 untuk 2nd OPU, Omma hanya perlu menambah RM5,000. RM10,000 dapat save kat situ.
Dari segi logik akal Omma yang bukan dalam bidang perubatan, adalah lebih baik kita tambah dos ubat stimulate. At least, dapatlah 5 telur matang sebagaimana yang dibuat oleh doktor yang merawat kawan TTCian Omma di Sunfert. Persoalan ni masih belum dapat jawapan. Bila doktor cakap untuk membantu kami dalam penjimatan kos, rasanya lebih jimat berbanding buat 2 kali OPU.
Kedua
Pada pertemuan pertama dengan doktor juga, kami sudah memaklumkan awal-awal yang kami ingin menggunakan kaedah ERA. Iyalah. Setelah mendepani 2 kali FET failed, kami nak cuba buat yang terbaik kami boleh buat.
Pun begitu, setelah OPU... doktor telah freeze telur yang berjaya disenyawakan pada Day 2 sedangkan menurut doktor, syarat ERA ialah embrio day 3. Doktor ada sebut... untuk next OPU, kalau nak buat ERA doktor akan freeze sembrio pada day 3. Sedangkan, perancangan tentang ERA ini kami sudah maklum awal pada doktor.
Oleh sebab cycle ni kami nak buat kaedah ERA, doktor perlu thaw embrio dan push sampai day 3.
Ketiga
Di sini, para pesakit diberikan ID pesakit. Pada peringkat awal, kami berasa lega sebab maklumat pesakit dapat dirahsiakan. Pun begitu, dalam pertemuan kali ini... doktor telah merujuk rekod pesakit lain (pap smear). Dalam rekod pesakit tersebut, keputusan pap smear beliau agak teruk. Maka, doktor menyarankan Omma untuk mengambil probiotik. Apabila Omma menyatakan yang nama pesakit bukanlah nama Omma, ubat yang diambil kekal sama. Kata doktor, untuk meningkatkan peluang kehamilan.
Keputusan Pap Smear Omma |
Keempat
Suami telah memaklumkan pada embriologist untuk freeze embrio secara berasingan. Apabila bertemu dengan doktor selepas OPU, doktor nyatakan bahawa rekod menyebut bahawa embrio dibekukan bersama dalam satu straw. Apabila Omma menghubungi embriologist untuk mendapatkan pengesahan, menurut rekod... embrio dibekukan secara bersama. Pun begitu, apabila Omma complaint, embriologist menyatakan pula bahawa embrio dibekukan secara berasingan. Kata-kata yang tidak sekata ini membuatkan Omma tertanya-tanya... "Apa sebenarnya yang betul."
Hmmm...
Entahlah. Apabila sampai ke tahap ini... Omma pun tak boleh berpatah balik lagi. Cuma mengharapkan keajaiban daripada Allah. Lagi pula, bukan doktor atau embriologist yang menentukan kejayaan IVF ni. Doakan Omma. Walaupun agak kecewa, Omma berusaha untuk reda dan pasrah dengan sesuatu yang tidak memuaskan hati. Bersangka baik bahawa doktor telah cuba buat yang terbaik untuk membantu dan yakin dengan kepakaran doktor. Tentang persoalan di atas, biarlah menjadi persoalan. Omma catitkan di sini agar mudah menjadi rujukan buat diri Omma sendiri.
Oh ya. Kos untuk pertemuan kali ini ialah RM140.
No comments:
Post a Comment