Cari apa tu?

Thursday, December 17, 2020

Apa itu Clomid?

 

Hi, guys. Jumpa lagi kita ye. Hari ni Omma nak cakap pasal Clomid. Apa itu Clomid? Clomid ni… nak mudah faham ialah ubat untuk bagi telur keluar dari ovari. Iyalah. Nak ada baby, telur kena bercantum dengan sperma. Kalau telur tak ada, macam mana nak bercantum kan?

Seingat Omma, Clomid ni diambil selama 5 hari berturut-turut iaitu dari day-2 sampai day-6. Kalau ikut rekod rawatan Omma, day-2 Omma akan buat TVS kali pertama. Kemudian, jumpa balik doktor pada day-10. Kenapa kena jumpa doktor balik? Sebab… nak tengok progress lepas makan Clomid tu. Telur bertambah dak? Telur besar dak? Besar ni berkait dengan tahap kematangan telurlah. Dua point utama kat sini à Kuantiti dan saiz telur.

Waktu TVS day-10, doktor akan sebut…”Blabla… sebelah kiri ada telur banyak sekian-sekian; dan sebelah kanan ada telur banyak sekian-sekian. Saiz pun doktor sebut. Saiz ni nak tentukan kematangan telur. Kalau kecil, dia panggil follicat (maksudnya tak matang dan tak sesuai lah untuk persenyawaan). Kalau dah dapat saiz matang, bolehlah mulakan langkah keseterusnya. Saiz matang… Omma tak pasti tapi yang Omma tahu… 17mm tu besar lah.

Waktu mula-mula ikut prosedur TTC, Omma muda lagi. Jadi, dengan Clomid yang diambil, telur ada dan membesar. Jadi, tak perlu tambah dose ubat. Then, 1  atau 2 hari sebelum nak buat IUI tu… doktor akan bagi ubat pecah telur. Omma tak pasti apa nama ubat tu. Cuma, kena dapatkan di farmasi (means kena beli). Lain-lain… kalau buat di hospital kerajaan, memang free (termasuk Clomid dan asid folic). Oh, lupa nak cakap… bila kita nak TTC, asid folic ni memang disaran untuk diambil. Asid folic boleh beli kat farmasi. Doktor pun akan bagi kalau kita tak ada lagi.

Berbalik pada ubat pecah telur… ubat ni kena cucuk di perut. Tapi… sebelum ambil ubat ni, make sure ada bekas yang sesuai berserta ais. Lepas je beli, terus letak dalam bekas dan ais ni. Ubat ni kena duduk dalam tempat sejuk (bukan peti beku ya).

Kesan Clomid/ ubat pecah telur. Hmm… Omma tak terkesan sangat cuma maybe mual sikit-sikit… mengantuk… mood swing (Ni selalu. Tak makan pun mood swing gak kekadang. Haha). Satu lagi… kita tak boleh ambil ubat ni tanpa saranan doktor. Tapi kan…

Ada nurse yang Omma kenal… dia cakap… mak dia tukang urut. Mak dia saran makan Clomid. What? Bagi Omma, tak betul tu. Memang. Clomid ni mudah nak cari. Kat shopee pun ada tapi kan… rasanya kalau dimakan secara berterusan untuk tempoh tertentu, akan bagi kesan pada badan dan diri jugak. Jadi, never ever makan tanpa nasihat doktor.

Baik. Stop kat sini. Next perkongsian, Omma akan cerita pengalaman Omma buat IUI. Untuk pengetahuan semua, Omma buat IUI 6 kali tau. Di hospital kerajaan. Gigih dan tabah kan Omma ni (dalam hati, hanya Allah yang tahu).

Bye. Doakan Omma dan semua mummy to be yang sedang TTC ya.

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...