1st check-up… secara lahirnya, Omma tidak ada
masalah. Period Omma datang setiap bulan. Dalam 7-9 hari. Hari pertama
spotting. Hari ke-2 sampai empat atau lima atau enam hari kira heavy dan jadi
kurang sedikit demi sedikit sampai hari ke-9.Tak ada period pain. Tak pernah
miss period jugak. Walaupun cycle tak menentu tapi tetap dalam lingkungan yang
sepatutnya.
Untuk info asas sisturr, cycle period seorang perempuan adalah
dalam tempoh 21-35 hari. Haid ni dikira dari hari pertama sampai hari ke-15.
Hari ke-16 tu dah dikira istihadah jadi kena solat walaupun turun darah. Darah
haid ni ada macam-macam. Merah pekat. Hitam. Kuning. Coklat dll. Lain waktu
Omma cerita lagi pasal haid ni (setakat yang Omma tahu). Jadi, bila kitaran haid
dah okey, apa masalah sebenarnya? Sob sob.
Jawapannya ialah REZEKI. Kita dapat baby bukan sebab diri kita
tetapi sebab Allah nak bagi. Ingat tu…
Apa itu TTC? TTC ni ialah Try To Conceive. Bahasa mudah dia ialah
cubaan untuk mengandung. Cubaan ni of course disertai dengan usaha. Usaha gigih
dan pasti dengan adanya doa. Pasangan yang TTC ialah pasangan yang belum ada
baby walau dah kahwin lama.
Lama ni…pemahaman orang lain-lain. Ada orang, enam bulan pun
dah kira lama. Dah stres sebab tak preggy lagi. Maklumlah, bila Polanah binti
Polanah terus lekat lepas nikah. Orang cakap, bunting pelamin. Kenapa kita tak
bunting jugak? Ada orang, tiga tahun baru dikira lama. Ada orang… lima,
sepuluh, lima belas tahun.
Sepanjang TTC ni… macam-macamlah orang buat termasuk Omma.
Antaranya, makan supplement. Berurut. Jumpa ustaz. Jumpa doktor O&G. Pegang
perut perempuan mengandung. Makan dan minum macam-macam produk yang orang cakap.
Doa. Bersedekah. Apa lagi? Bila dah buat macam-macam tapi tak dapat jugak. Kau
rasa?
Sedih. Kecewa. Memang ada tapi… sebagai Muslim, kita (Omma lah
tu) kena yakin yang Allah ada. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita (ni kita
kena cakap kat diri sendiri supaya bersangka baik dengan Allah). Hakikat semua
ni adalah daripada Allah. Semuanya adalah milik, hak dan ketentuan Allah.
Jadi, walaupun sedih gila… putus asa ke hape… jangan sekali-kali
berputus asa untuk berharap dengan Allah (Omma yakinkan diri Omma sendiri jugak
ni).
Okey. Dah panjang. Nanti Omma cerita apa itu TVS.
Bye.
Eh. Lupa pulak. 1st time jumpa doktor di hospital kerajaan untuk TTC ni... FOC untuk kakitangan kerajaan (sekitar 2012).
No comments:
Post a Comment