Hi, guys. Lagi cerita backdated. Ingat tak? Omma cerita yang Omma buat IUI 6 kali dan semuanya tidak berjaya. Doc cakap, sebab tak berjaya ni... tak dak rezeki @ unexplain. Omma stop rawatan ni pada tahun 2014 . Sebabnya... Omma dah give up dalam berusaha. Iyalah. Omma rasa dah buat macam-macam. Mengurut. Bekam. Makan ubat. Makan itu ini. Pergi rawatan Islam tapi at the end... tak berjaya... Sebagai manusia yang lemah, Omma jatuh tersungkur. Jatuh sungguh-sungguh. Tapi, tak kan kita nak bercerita dengan semua orang apa yang kita rasa kan?
Entah macam mana. Tahun 2020. Kawan suami Omma buat TTC di LPPKN. Dari situ kami plan untuk mulakan balik rawatan... which is rawatan ni kami mula agak lewat. Umur pun dah 38 tahun. But then, dengan keyakinan kita punya Allah, Omma teruskan. Omma positifkan diri. Setiap kali nak jadi negatif, Omma positifkan balik. Lupakan pasal failed berkali-kali tu. Omma nak cuba lagi dengan penuh pengharapan. Tak ada yang mustahil bagi Allah kan?
Maka, bermulalah appoitnment Omma di LPPKN. Omma lupa lak apa prosedur awal tapi seingat Omma, prosedur bermula dengan ambil darah dan sperm suami. Kemudian, Omma diminta untuk buat HSG. HSG ni... kefahaman mudah dia ialah dia nak check keadaan rahim dan juga tiub fallapio. Kalau tiub tu, okey ke tak. LPPKN tak buat HSG. Omma diminta buat di mana-mana hospital swasta. Di sinilah kisah SADIS Omma bermula...
Kenapa sadis?
Omma tak bekerja. Suami Omma penjawat awam. Kami ada komitmen yang agak besar. Maka, nak buat TTC ni... kami memang agak berkira-kira. Maka... Omma pun call lah setiap hospital private, recce harga. Lebih lima hospital kot Omma call.
Cakap pasal perkhidmatan HSG ni... Ada hospital buat. Ada hospital tak buat. Ada hospital buat tapi dengan doktor lelaki. Sampailah akhir sekali Omma hampir putuskan nak buat kat mana.
Anggaran harga HSG kat rata-rata hospital yang Omma hubungi ialah dalam RM400-600. Plus minus. Jadi, of course Omma pilih hospital yang tawarkan harga yang paling murah plus MUST dengan doktor perempuan. Okey. Dapat. Hospital Tawakal di Kuala Lumpur. Omma pun buat lah appointment. HSG ni kita kena buat dalam tempoh tertentu iaitu dari hari ke-4 sampai hari ke-9 @ 10, Omma lupa. Tup-tup... Omma dapat call daripada sahabat Omma yang merupakan pengarah sebuah hospital swasta Islamik.
Actually, sebelum ni... Omma tanyalah kawan-kawan Omma yang kerja doktor di hospital sekian-sekian pasal perkhidmatan ni. Omma tanya kawan sebab satu... iyalah kawan kan. Doktor yang Omma anggap sahabat ni cakap, kat hospital dia ada tawarkan perkhidmatan HyCoSy. Sama fungsi dengan HSG tapi lebih moden. Omma pun tanya lah pasal harga. Omma tak peduli moden ke... lapuk ke.. yang penting harga mampu milik. Doktor ni cakap, harga RM600, di mana beza hanya dalam RM100-200 dengan Hospital Tawakal. Akhirnya, Omma pilih hospital so call kawan Omma ni atas beberapa alasan.
Satu sebab beza harga dalam RM100-200.
Dua sebab hospital ni milik so call kawan Omma. Jadi, tak salah bantu so call kawan kan?
Tiga sebab hospital ni adalah hospital Islamik.
Empat sebab hospital ni dekat dengan rumah. Kalau pergi Tawakal... kos lagi. Tol lagi. Suami kena cuti lagi.
Pada hari kejadian, Omma pun bersedialah nak buat HyCoSy yakni pada hari ke-9. Tapi kan...
Bila dah sampai bilik doktor, Omma diberitahu yang harganya dalam RM1K+. Terkejut beruklah Omma. Kata RM600? Oleh sebab, Omma ni kejar masa (umur dll)... ialah, kalau tak buat, kena tangguh nak tunggu day 9 bulan depan pulak. Omma teruskan juga. Dalam kekecewaan...
Hasil HyCosy... tiub belah kanan Omma blocked. Omma sebenarnya lagi sedih rasa ditipu sahabat setarbiah sendiri daripada mendengar result HyCoSy ni. Omma dah lah tengah struggle dengan duit. Doktor yang Omma anggap sahabat.
Omma cakap juga sepatah pada doktor ni. Tambah kecewa bila doktor ni cakap yang staf dia salah bagi info. Info yang diberi tak masuk kos consultant dll. Allahu. Menangis Omma. Dah lah minta maaf pun tidak. Orang kaya, memang tak nampak nilai RM1K tu sangatlah besar... Bagi Omma... struggle kot. Omma yakin. Dia pun tak ada lah niat nak menipu Omma tapi entah. Omma kecewa. Maybe sebab Omma dalam kekangan wang nak teruskan TTC tapi go ahead jugak. Dah try hard recce dari tempat dengan harga yang paling okey. At last... bahasa kasarnya, 'kena kencing' so call kawan sendiri. Sekali lagi Omma tegaskan. Omma yakin, doktor ni tak ada niat nak menipu tapi inilah yang Omma rasa.
Sejak tu... Omma dah tekad untuk tak percaya dengan orang yang mungkin kita nampak macam 'sahabat'. Business tetap business. Kita susah... hanya suami dan Allah sahaja yang ada. No 'sahabat'. Kalau ada seseorang datang, dia datang daripada Allah yang nak tolong kita. Sejak tu... Omma dah tak peduli... tak kisah lah doktor Muslim ke non-Muslim. Sebab sebelum ni, Omma nak doktor Muslim sebab Omma rasa, doktor Muslim ni bersyahadah... doa doktor ni mungkin Allah makbul blabla. Nop. Hakikatnya, segalanya Allah. Hanya Allah. Hanya Allah tempat pengharapan. Susah senang hanya Allah.
Haha... Dah jadi sesi curhat dah ni.