Cari apa tu?

Wednesday, February 3, 2021

Akupuntur

Hi, guys. Omma sedih ni. Actually, hal TTC ni Omma tak nak sesiapa tahu. Terutama ipar duai Omma. Sebab apa? Banyak kisah sedih Omma dengan mereka. Bermula daripada adik ipar perempuan... sampai lelaki. Omma rasa, mereka tak akan dapat menyelami apa yang Omma rasa. Lagipun, apa yang mereka pernah buat... walaupun Omma sudah berlapang dada, masih berbekas dalam hati. Now, Omma sangat down. Nak salahkan suami, suami tak sengaja bagitahu adik dia. Doakan Omma agar rasa down ni tak berlanjutan sampai hari FET ya. Sejak Omma tahu hal ini bocor, Omma dah down sungguh-sungguh. Sampai sekarang lah. Sob sob.

Esok Omma ada appointment dengan nurse di Sunfert. Untuk cucuk. Tak pasti cucuk apa. Doakan segalanya dipermudahkan ya. Suami Omma ada di luar kawasan hal kecemasan. Jadi, tak dapat bawa Omma ke hospital.

Oh ya. Akupuntur ni adalah salah satu persediaan Omma untuk FET. Omma terbaca, akupuntur ni antara salah satu rawatan yang membantu. Omma dah buat banyak kali. Mula-mula, Omma stop atas kekangan kewangan tapi bila doktor pun sebut okey... baca pula saranan doktor pakar cakap okey. Omma pun mula balik.


Akupuntur ni... ada ketika sakit. Ada ketika tak sakit. Bergantung tang mana doc tu nak cucuk. Kos untuk akupuntur pulak setakat ni RM150 sekali rawatan. Ni tak termasuk ubat herba dia. Dua kali je kot Omma ambil ubat. Lepas tu, Omma refuse. 

Nak pi akupuntur... jangan lupa baca review dulu. Omma buat kat Cyberjaya. Pernah juga buat di Bangi tapi waktu nak buat ni... Omma mesej... makan minggu baru reply. Akhirnya, Omma ke Cyberjaya. Di Petaling Jaya pun ada. Kalau ada sesiapa nak cuba... boleh contact number ni...

Akupuntur Cyberjaya @ Han Neuro Acupunture & Herbal01111927303 - https://han-specialist.com 

Akupuntur Bangi @ Pusat Perubatan Homeopathy & Akupuntur Nik Omar - 019-2294556 - http://www.homeopatibangi.com

Oh ya. Kos akupuntur di Bangi:1 sesi RM70, pakej 5x RM300 dan pakej 10x RM550.

Selamat mencuba dan berusaha ya. Jangan lupa tawakal kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...