Cari apa tu?

Wednesday, June 23, 2021

IVF Kasih 4-8 (12 Disember 2020, 6, 12, 16 & 19 Januari 2021) dan OPU

Hi, sisters. Hari ini, Omma cerita pengalaman Omma mula balik makan ubat subur sebagai persediaan Ovum Pick Up (kutip telur). 


Pada 12 Disember 2020, Omma jumpa doktor. Doktor tengok keadaan telur. Ada tak yang degil nak besar cepat sangat. So far tak ada. Dapat ubat Progynova. Ubat ni nama mudah dia ialah pil perancang. Kalau makan, tak turun period lah. Fungsi dia antara lain untuk rawat simptom menopaus. Juga nak rawat ovari yang tak hasil estrogen yang cukup secara semulajadi. Tak faham sangat dengan makna perubatan. Yang Omma faham... tak bagi period.

Side effect dia banyak:
Sakit kepala, sakit breast/ lembut, loya, muntah, sembelit, angin (kentut kot), pedih ulu hati, naik/ turun berat badan, rambut gugur, gatal faraj, keputihan, haid yang menyakitkan, murung, perubahan mood, perubahan keinginan seks, sakit belakang/ leher/ otot, kulit gelap, hidung berair dll.

Ha kau. Pengorbanan seorang bakal ibu secara TTC ni. Dari awal... lepas tu mengandung... moga Allah merahmati semua TTCian yang tak putus asa nak jadi mak ni. Jatuh bangun tu biasa tapi kena semat dalam jiwa. Allah ada.

Atas ni kos untuk pertemuan pada 6 Januari 2021. Macam biasa, doktor akan buat imbasan tengok telur. Doktor ada bagi ubat untuk kesuburan. Side effect ubat Omma ada cerita sebelum ni.

Pada 12 Januari 2021. Jumpa lagi doktor. Doktor scan dan tambah ubat kesuburan. Kemudian tambah satu lagi ubat iaitu Cetrotide 0.25. Fungsi dia nak cegah ovulasi pramatang. Yang Omma faham, tak nak bagi telur pecah sebelum waktunya @ OPU. Sebelum balik, Dr. pesan buat swab test.

Side effet dia? Ni ha.
Sakit perut, kembung, loya, muntah, cirit birit, naik berat badan, sikit @ tak kencing, sakit ketika bernafas, degupan jantung cepat dan sesak nafas.

Pada 12 Januari 2021, buat swab test. Tak boleh buat cepat sangat. Ada sela tempoh sebelum OPU. Ini adalah SOP sebelum masuk bilik pembedahan. Keputusan Omma negatif. Buat RT-PCR di Poliklinik Cahaya Putrajaya dengan kos RM250. Staf dia sekejap ramah, sekejap tak ramah. Lokasi dekat dengan Nasi Lemak Royale Ayer 8. Boleh contact di nombor 014-6646475 (WhatsApp).


Pada 16 Januari 2021, dapat result  ujian darah. Result seperti di atas. Yang macam familiar tu LH je lah. Jumpa doktor. Scan lagi. Dapat ubat yang berkaitan dengan OPU. Boleh refer bil di bawah. Ada list ubat tu.

Dulcolax tu ubat bagi uuk. Sebab nak kosongkan perut kan. HuCoG pula untuk bantu ovulasi. Unasyn oral tab ni gabungan antibiotik untuk cegah jangkitan.

Side effetc HuCog:
Sakit kat tempat suntikan, sakit kepala, letih, murung, irritation, resah dll. 

Side effect unasyn oral tab:
Sakit perut, kembung, loya, muntah, cirit birit, naik berat badan, kencing sikit @ tak kencing, sakit ketika bernafas, degupan jantung cepat dan sesak nafas.


Jadual penuh mekanan ubat dan perancangan sebelum OPU. Date dll. Sperm ambil pada 15 Januari 2021.


Jadual atau plan 2 hari sebelum OPU. Apa yang kena buat. Apa yang kena makan. Kena puasa dari malam sampai OPU. Sebelum OPU, tak boleh pakai barang-barang kemas (takut hilang) dan barang kosmetik (sabun dll sebab ada bahan kimia). Ovum ni sensitif dengan bahan-bahan kimia sebegini.


Akhirnya,kutip telur pada 19 Januari 2021. Sampai Sunfert, kena salin pakaian dulu. Then, masuk OT. Akan bius separa. Jangan lupa... tak boleh makan sebelum OPU. Bagi yang dah lupa... OPU ni bahasa mudah dia kutip telur. Omma ada 5 telur matang. Daripada 5 telur matang, 4 berjaya disenyawakan. Daripada 4 ni pulak, 1 gred poor, 1 fair dan 2 good. Yang 2 ni sampai blastosis. Gred untuk dua blastosis ni ialah 4ab dan 4bb. Lain waktu Omma cerita pasal penggredan telur dan tahap embrio. Tapi lepas semua cerita pengalaman Omma selesai lah ya. Omma share pun berdasarkan pembacaan, perbualan dll. Bye. Dah tepu. Huhu...

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...