Cari apa tu?

Friday, June 18, 2021

Laparoscopic - Endometriosis Stage 3

Hi. guys. Sambung kisah TTC Omma. Omma sedih sebenarnya. Omma semat dalam hati. Allah kata, kalau kita minta Allah akan makbul. Minta sungguh-sungguh, Allah akan makbul. Tapi... perencanaan Allah mungkin yang terbaik.

Hati memang selalu cakap. Reda. Allah tahu mana yang terbaik. Macam yang tertulis dalam surah al-Baqarah, 2:216 tu tapi tu lah. Tetap sedih. Kadang-kadang, rasa tak ada peluang nak bergelar ibu tapi cuba yakinkan diri bahawa tiada kuasa yang dapat melangkaui ketetapan Allah.


Okey. Hari ni, Omma nak cerita pasal pengalaman Omma buat laparoscopic bagi endometriosis stage 3. Kat bawah nanti Omma bagi link berkaitan ya.

Oleh sebab 3 kali IUI di Ipoh gagal, doktor pulak cakap sebab 'unexplained', doktor cadang tebuk kat perut untuk buang tisu endo di perut belah kiri. Seingat-ingat Omma, doktor cakap... ada cyst tapi kecil dan tak beri impak. Oleh sebab tetap tak preggy walau dah 3x IUI, doktor cakap cuba buat laparoscopic. 

Pasal tahapan endo ni Omma tak tahu. Tapi seingat Omma... sebelum laparoscopic, Omma minum air lemon hari-hari. Rasa macam mengecil tapi entahlah. Ingat-ingat lupa. Semua berjalan lancar. Ada ambil Lucrin jugak. Masuk ward 19/1 sampai 21/1/2014. Kena bius. Masa sedar tu je lah nak muntah sikit-sikit.

Lepas buat laparoscopic ni, suami Omma jaga Omma sepenuhnya. Makan... seingat Omma makan ikan bakar (bawal emas) dan sayur brokoli. Hanya dibenarkan tengok movie Korea sahaja. Siap beli CD tau.

Ada apa-apa tak pada badan bila ada endo ni? Sebenarnya... Omma tak hadapi masalah apa-apa (mata kasar). Period datang bulan-bulan on time. Tak ada senggugut. Tak ada sakit belakang. Semua okey lah tapi tu lah. Sakit ni...kita tak minta tapi dia mudah jatuh cinta kat kita.

Lepas buat laparoscopic, Omma pun buat IUI lagi. Dalam 2 @ 3 kali. Kali terakhir pada Disember 2014. Lepas tu...Omma jatuh terduduk. Letih kot. Omma tak buat apa-apa dah sampaikan tahun 2020.

Info -

1) What is endometriosis?

2) Endometriosis: Sympton, causes and treatment.


No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...