Cari apa tu?

Saturday, June 19, 2021

LPPKN 4 -7 (10 Ogos, 2, 9 & 11 September 2020)

 Hi, sisters. Hari ni, Omma summaries empat pertemuan di LPPKN.


Pertemuan ke-4 di LPPKN pada 10 Ogos 2020. Omma lupa sangat details. Tapi rasanya, doktor yang consult adalah doktor lelaki. Menurut penerangan beliau, mengikut umur Omma, result darah masih okey dan boleh teruskan TTC. Cuma biasalah. Umur bertambah. Jadi, result so so lah. 



Pertemuan ke-5 di LPPKN pada 2 September 2020. Mula juga injection ubat foliculin 150 IU.

Pertemuan ke-6 di LPPKN pada 9 September 2020. Ada buat imbasan. PIC yang buat imbasan orang berbeza dengan doktor yang consult. Masuk alat melalui vagine untuk tengok telur. Lepas buat imbasan, baru jumpa doktor. Doktor yang Omma jumpa adalah doktor perempuan. Seingat Omma, dia ada bising pada doktor lelaki yang consult Omma sebelumnya. Lupa pasal apa tetapi mungkin pasal info tak jelas/ tepat. Omma ada minta rekod hasil imbasan (saiz telur, bilangan telur) tapi doktor cakap tak perlu dan tak bagi. Dapat ubat foliculin 150 IU lagi. 


Pertemuan ke-7 di LPPKN pada 11 September 2020. Ada imbasan. Oh ya. Sebelum ni, Omma ada buat HyCoSy di Hospital Swasta. Next time Omma share pasal ni. Hasil HyCoSy dah serah pada pihak doktor di LPPKN. Tiub falapio Omma blocked sebelah kanan. Oleh sebab LPPKN tak buat IVF pada tahun 2020, doktor cadang buat IUI. But then, bila  Omma beritahu tiub kanan blocked, doktor cakap... kenapa tak beritahu. Haha... Dalam hati Omma terfikir, kan result semua dah bagi pada pihak doktor sebelum ni. Result darah dan semua ujian semua dengan doktor. Mungkin... doktor banyak patient. Tak sempat buat rujukan sebelum rawatan dibuat. Tak apalah. Keputusannya, tak buat IUI. Hanya Timed SI iaitu secara neutral. 

Bila datang period, means UPT -ve. Omma terus berkira-kira untuk mencari tempat TTC lagi. Entah. Rasa berat hati nak teruskan di LPPKN. Tak pasti sebab apa. Cuma mungkin sebab Omma rasa Omma sedang mengejar masa. Banyak tempat yang Omma recce antaranya Metro IVF Puchong tetapi pihak Metro tidak beri maklum balas (tidak call back). Kemudian, Omma cuba tanya di Hospital Az-Zahra Bangi. Rasanya tiada perkhidmatan untuk IVF. Kemudian, Omma called Hospital An Nur Bangi. Mula-mula, Omma dapat info, tak ada perkhidmatan IVF tapi ada seorang staf (kawan Omma) cakap ada. Rupanya, hanya peringkat awal consultation di sana tetapi untuk prosedur lanjut, buat di tempat lain. Omma diberi sendiri nombor yang doktor tamu berkaitan tetapi macam jawab tak jawab, so... Omma cuba cari altenatif lain. Sedang mencari senarai tempat IVF, terjumpa web IVF Kasih dengan kos IVF mampu milik. Omma contact pihak klinik dan respons diterima agak baik dan cepat. Maka, bermulalah perjalanan TTC Omma di iKasih. IVF Kasih boleh dihubungi di 018-3888380 (WhatsApp) dan PIC akan jawab mesej @ 03-76228666 telefon.

Keseluruhannya, kos rawatan di LPPKN ialah RM1140.10 (tidak termasuk kos HyCoSy).

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...