Hi, guys. Jumpa
lagi kita ye. Hari ni Omma nak cakap pasal Clomid. Apa itu Clomid? Clomid ni… nak
mudah faham ialah ubat untuk bagi telur keluar dari ovari. Iyalah. Nak ada baby,
telur kena bercantum dengan sperma. Kalau telur tak ada, macam mana nak
bercantum kan?
Seingat Omma, Clomid ni diambil selama 5 hari berturut-turut iaitu dari day-2 sampai day-6. Kalau ikut rekod rawatan Omma, day-2 Omma akan buat TVS kali pertama. Kemudian, jumpa balik doktor pada day-10. Kenapa kena jumpa doktor balik? Sebab… nak tengok progress lepas makan Clomid tu. Telur bertambah dak? Telur besar dak? Besar ni berkait dengan tahap kematangan telurlah. Dua point utama kat sini à Kuantiti dan saiz telur.
Waktu TVS day-10,
doktor akan sebut…”Blabla… sebelah kiri ada telur banyak sekian-sekian; dan
sebelah kanan ada telur banyak sekian-sekian. Saiz pun doktor sebut. Saiz ni
nak tentukan kematangan telur. Kalau kecil, dia panggil follicat (maksudnya tak
matang dan tak sesuai lah untuk persenyawaan). Kalau dah dapat saiz matang,
bolehlah mulakan langkah keseterusnya. Saiz matang… Omma tak pasti tapi yang
Omma tahu… 17mm tu besar lah.
Waktu mula-mula
ikut prosedur TTC, Omma muda lagi. Jadi, dengan Clomid yang diambil, telur ada
dan membesar. Jadi, tak perlu tambah dose ubat. Then, 1 atau 2 hari sebelum nak buat IUI tu… doktor
akan bagi ubat pecah telur. Omma tak pasti apa nama ubat tu. Cuma, kena
dapatkan di farmasi (means kena beli). Lain-lain… kalau buat di hospital
kerajaan, memang free (termasuk Clomid dan asid folic). Oh, lupa nak cakap…
bila kita nak TTC, asid folic ni memang disaran untuk diambil. Asid folic boleh
beli kat farmasi. Doktor pun akan bagi kalau kita tak ada lagi.
Berbalik pada ubat
pecah telur… ubat ni kena cucuk di perut. Tapi… sebelum ambil ubat ni, make
sure ada bekas yang sesuai berserta ais. Lepas je beli, terus letak dalam bekas
dan ais ni. Ubat ni kena duduk dalam tempat sejuk (bukan peti beku ya).
Kesan Clomid/ ubat
pecah telur. Hmm… Omma tak terkesan sangat cuma maybe mual sikit-sikit…
mengantuk… mood swing (Ni selalu. Tak makan pun mood swing gak kekadang. Haha).
Satu lagi… kita tak boleh ambil ubat ni tanpa saranan doktor. Tapi kan…
Ada nurse yang
Omma kenal… dia cakap… mak dia tukang urut. Mak dia saran makan Clomid. What? Bagi
Omma, tak betul tu. Memang. Clomid ni mudah nak cari. Kat shopee pun ada tapi
kan… rasanya kalau dimakan secara berterusan untuk tempoh tertentu, akan bagi
kesan pada badan dan diri jugak. Jadi, never ever makan tanpa nasihat doktor.
Baik. Stop kat
sini. Next perkongsian, Omma akan cerita pengalaman Omma buat IUI. Untuk
pengetahuan semua, Omma buat IUI 6 kali tau. Di hospital kerajaan. Gigih dan
tabah kan Omma ni (dalam hati, hanya Allah yang tahu).
Bye. Doakan Omma
dan semua mummy to be yang sedang TTC ya.