Hi, sisters. Sebelum ni, Omma ada cerita pasal usaha Omma mencari tempat IVF mampu milik. Akhirnya, Omma memilih IVF Kasih yang terletak di Shah Alam. Dalam pertemuan pertama, Omma mula dapatkan consultansi daripada Dr. SD. Dr. juga ada menyebut tentang pakej yang ditawarkan. Ada ambil darah juga untuk check AMH. Juga buat pap smear. Result dan kos berkaitan Omma kongsikan di bawah ye.
Mula-mula, Dr. scan melalui vagina. Ni gambar hasil imbasan. Lupa perincian dia.
Antara perkara yang diterangkan oleh Dr. ialah berhubung dengan pakej rawatan. Bermula dengan RM8,800. Disusuli RM13,800 dan satu lagi pakej RM19,800. Yang membezakan pakej-pakej ni ialah kadar keberjayaan iaitu 30% bagi pakej RM8,800. Manakala, pakej RM13,800 dan RM19,800 pula sebanyak 60%. Mungkin beza ni dilihat dari sudut pemberian ubat berkaitan, Omma lupa.
Bagi yang ada kes tertentu seperti endo dll, Dr. sarankan untuk buat Frozen Embrio Transfer (FET) dengan kos tambahan sebanyak RM4,800. Sebabnya... nak bagi rahim rehat dulu selepas OPU. Perincian kos berkaitan adalah seperti di bawah.
Kos untuk FET. Description tu maknanya kadar pertemuan. Jadi, setiap kali pertemuan, bayaran kasar adalah sebanyak yang dinyatakan (tidak termasuk kos pendaftaran). Oh ya. Apa itu FET? Secara ringkas... FET tu maknanya embrio yang dibekukan untuk tempoh tertentu, kemudian... dinyahbeku dan baru dipindahkan ke dalam rahim melalui vagina.
Kos keseluruhan IVF dari awal dapat ubat kesuburan. Cuma... kena tolak kos P5 iaitu ET. Kos ET tu untuk Fresh Transfer.
No comments:
Post a Comment