Cari apa tu?

Thursday, July 8, 2021

KL Fertility 2 (7 Julai 2021)

Hi, sisters. Harini, Omma nak cerita pasal appoinment kedua Omma di KLF. Rujuk gambar ye. Mula-mula, Omma buat pap smear. Harga termasuk dalam pakej yang diambil sebelum ni. Lepas tu, doktor scan. Ada telur dah matang dalam 22mm. Doktor cakap, waktu subur. Untuk lining, doktor cakap kabur. Maybe sebab endometriosis. Doktor saran buat akupuntur tapi sebab tutup due to MCO, doktor suruh buat yoga for TTC. Omma dah cuba buat yoga tapi cannot go. Oh ya. Sebelum tu, dalam jam 8.30 pagi, suami Omma buat test semen.

Persediaan sebelum test semen ya. Sebenarnya, tak tahu pun ada pantang larang ni sebab baru dapat form bila nak buat dah. 


Ni result semen. Overall result okey cuma ada dua masalah sahaja. Boleh rujuk pada table. No 1 dan 2. Bila bincang dengan suami, maybe sebab obesiti. Jadi, turut mengganggu kualiti sperma. Jadi, bagi sesiapa nak buat IVF, cuba usahakan kurangkan berat badan.


Ni result ujian darah suami. Semua okey, Alhamdulillah.





Dua gambar kat atas ni, ujian darah Omma.  Hormon semua okey cuma darah pekat sikit. Jadi, kena lebihkan minum air. Result Vitamin D pun okey dan perlu teruskan ambil supplement untuk Vitamin D iaitu 1000mg. Teruskan makan asid folic dan supplement yang ambil sebelum ni. Makan avocado.


Selesai jumpa doktor, Omma kena ambil darah lagi untuk ujian CA125. Ujian CA125 ni sebab Omma ada sejarah endometriosis. Kos ujian ni RM130.


Kos keseluruhan hari ni. 


Ni pulak, info untuk mulakan rawatan. Yakni pada day 2/3 period. Boleh contact number di atas untuk appoinment. Wish me luck ya.




No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...