Cari apa tu?

Thursday, July 1, 2021

KL Fertility 1 (30 Jun 2021)

Hi, sisters. Bertemu lagi. Insya-Allah, hari ini Omma ingin berkongsi tentang perjalanan baharu Omma bagi TTC. Bagi yang baru lawat blog Omma, untuk rekod... Omma dah buat IUI 5 @ 6 kali. OPU 1 kali. FET 2 kali. Semuanya tidak berhasil. OPU buat di Sunfert Kerinchi. FET (1) di Sunfert Kerinchi. FET (2) di Pantai Bangsar. Untuk IVF di Sunfert, Omma buat under IVF Kasih.

Awalnya, Omma nak sambung IVF cycle seterusnya di Pantai tetapi entahlah. Apabila berbual dengan seorang doktor O&G yang direkemen rakan Omma, beberapa kali beliau suggest di KL Fertility. Omma pilih di sini atas dua sebab. Pertama sebab harga lebih murah. IVF dalam anggaran kos RM20-25K. ERA dalam anggaran kos RM5K. Di Pantai pula, IVF dalam anggaran kos RM25K. ERA dalam anggaran kos RM7K. Selain tu, sebab blackout waktu FET hari tu. Walaupun tidak effect apa-apa pada perjalanan prosedur... entah. Rasa macam tak best.

Untuk buat IVF di KL Fertility. Mula-mula, Omma godek web KLF. Pada bahagian bawah web ni, ada borang untuk buat appoinment. Jadi, Omma isi. Okey. Ada orang reply. Di Pantai, Omma tak dapat respons balas emel. Dalam masa yang sama, Omma telefon 03-27804288. Ada yang jawab. Setelah berbincang untuk susun date appoinment, akhirnya dapat date pada 28 Jun 2021. Tapi, lepas tu Omma tukar sebab husband Omma ada meeting. Ni ha Omma share alamat KLF -  KL FERTILITY CENTRE, LG Lot 30, DC MALL, No 6 Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat parkir dia tak friendly sangat. 

Sampai sana... kena daftar dulu. Ada borang pendaftaran bagi 1st time patient. Untuk patient Dr. yang merawat Omma, ada form tambahan. Dalam form tu, kita perlu isi history TTC kita. Kita kemudiannya diberi kad dengan Nombor ID. Selesai.

Akhirnya... dapat jumpa Dr. Tak lah lama sangat menunggu.... So far. Bagi Omma, Dr. okey. Cuma ada beberapa perkara yang tak berapa jelas. Selain itu, doktor ada sebut pasal kaedah yang boleh diambil setelah 2 kali gagal FET dan supplement serta makanan yang disarankan. Ujian darah pun dibuat hari ni (kecuali ujian darah untuk Vitamin D). So that, next appoinment dah boleh dapat result. Next appoinment ialah pada 7 Julai 2021. 

Ni makanan yang disarankan. Antaranya oat (sebab fiber) dan ikan sebab kaya dengan protein.

Supplement tambahan yang doktor suggest. Setakat ni, Omma dah ambil Q10, Vitamin C, Vitamin D 1000mg, Asid Folic dan Multivitamin. Jadi, kena tambah Fish Oil.

Atas ni pulak cadangan persediaan FET menerusi kaedah rawatan tertentu. Oleh sebab Omma dah 2 kali failed FET, doktor cadangkan buat PGS. PGS ni bahasa mudah dia ialah check kualiti kromosom. Sebab, antara sebab kegagalan FET ialah kualiti kromosom yang rendah yakni kromosom yang abnormal. Kos PGS ni RM3000 untuk satu embrio.

Kemudian, doktor akan buat ujian Vitamin D dalam badan jugak. Ujian ni untuk wife saja. Tak pasti sebab apa Vitamin D ni penting. Next time Omma study, Omma share. Kos untuk  ujian Vitamin D ialah RM350.

ERA pula kaedah nak tengok kesediaan rahim sebelum FET. Dengan kata lain, bila masa sesuai untuk transfer embrio. Kos dia RM5300.

Intralipid pula nak tengok lining sebelum FET. Kos RM565.

Bawah sekali pada rajah atas tu tak sure doktor tulis apa tapi berdasarkan penerangan biller, tu dia macam gores sikit apa thah. Tujuan dia untuk tentukan tempat yang sesuai nak letak embrio. Kos RM250.

Berbalik pada pertemuan Omma dengan doktor. Omma scan dulu. Day 8 period. Ada 4 telur sebelah kanan dan few folikel sebelah kiri. Macam yang dah diketahui, rahim terbalik. Dr. ada tanya pasal HSG tapi bila Omma cakap ada buat HyCoSy, sama seperti di Pantai, Dr. tak prefer HyCosy sangat. Lepas tu, oleh sebab ujian darah Omma dan suami dibuat pada tahun lepas (dalam bulan 7), doktor cadang kami buat ujian darah semula. Sebabnya, ujian darah hanya valid satu tahun.

Pakej untuk ujian darah. Semalam, buat untuk semua kecuali Vitamin D sebab Omma masih period. Kos untuk 1st assesment ni RM1369.00. Kat bawah Omma ada share perinician kos.

Selesai dengan doktor, kami bertemu dengan nurse dan embrilogist untuk mendapatkan penerangan tentang IVF, FET dan PSG. Lepas tu, kami jumpa PIC bahagian billing untuk penjelasan tentang kos berkaitan. Dari sudut penerangan PIC embriology dan billing, antara tiga hospital yang Omma pergi... setakat ni KLF paling jelas dan teliti.

Di bawah adalah hasil pertemuan dengan nurse. Nurse berkenaan cerita pasal IVF dan FET. Nurse ada sebut pasal prosedur dan jadual berkaitan. 

Atas ni ialah jadual dan prosedur 1st day sampai OPU. Ada 5 appoinment dengan doktor iaitu D2/3 (mula ambil injection stimulate telur), D6/7 (scan tengok telur), D9/10 (scan - patut last injection untuk FSH dan blocker. Tak faham sangat tang ni), D10/11 (scan tengok telur dah sesuai tak untuk OPU) dan D12/13 (OPU - 4 jam prosedur). Kos terlibat pulak...

Ringkasan kos terlibat. Kena bayar waktu pertemuan.

D2/3 RM10K.

D4/7 RM7K.

D9/10 - NA.

D10/11 RM3.1K.

D12/13 ada charge tambahan. 

Ni pulak prosedur untuk ET. Omma tak buat ET tapi Omma share kot ada nak rujuk. 

Rajah kuning ni penerangan tentang IVF.

Lagi info tentang IVF. 

Untuk bacaan. Tentang risiko mengandung kembar.

Dah puas hati dengan penerangan, kena sign borang ni. 

Selesai penerangan tentang IVF dan FET, embrilogist pulak datang bagi penerangan tentang PGS.

PGS ni bahasa mudah dia nak tengok keadaan embrio. Normal atau abnormal. Kaedah dia, dari embrio tu, dia akan laser sikit, keluarkan beberapa sel dan check. Dari situ, akan tahu keadaan embrio tapi bukan 100%. Kalau normal, peluang nak implant tinggi. Kalau abnormal, peluang nak implant rendah. Jadi, boleh jimat kos lah untuk tak buat FET dengan embrio yang rendah kualiti. Lagi tentang PGS. Kos PGS ni untuk satu embrio ialah RM3000. 

Selesai jumpa nurse dan embriologist, Omma jumpa biller pulak. Biller ni menerangkan tentang kos-kos terlibat sepanjang rawatan di KLF.


Ni untuk kos unlimited. Sebab apa ambil pakej ni? Maybe lebih menguntungkan sebab kadar ubat yang diberikan tidak terhad. Kalau umur muda, maybe sesuai ambil pakej lagi murah. Omma pula ada history ubat tinggi dan failed FET. Ada juga additional kos. Untuk frozen dan simpan embrio, ada diskaun 25% sebab kos keseluruan tinggi. 


Ni pulak untuk pakej lagi murah tapi ubat terhad. Kalau ubat tak cukup, ada charge tambahan. Omma share kot ada yang mencari info.

Kos keseluruhan untuk pertemuan hari ini termasuk ujian darah untuk suami dan isteri.

Orait. Sekian perkongsian hari ini. Doaka Omma ya. Risau. Takut. Semua ada tau.

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...