Cari apa tu?

Wednesday, July 21, 2021

KL Fertility 3 (19 Julai 2021)

Hi, sisters. Hari ini, Omma cerita pengalaman appoitment ketiga Omma dengan KLF. Agak kalut sikit sebab Omma tak ada surat pengesahan temujanji doktor. Di tempat Omma, bagi mendapatkan permit rentas daerah/ negeri, beberapa dokumen perlu dan wajib disertakan iaitu:

  1. Borang permohonan permit.
  2. Surat permohonan rentas daerah/ negeri.
  3. Surat pengesahan temujanji.
  4. Salinan kad pengenalan suami dan isteri.
  5. Salinan sijil nikah.
  6. Salinan bil api/ air.
Semua dokumen di atas perlu disediakan dalam dua salinan. Tempoh masa kelulusan. Paling awal dalam tempoh sehari. Selebihnya, beberapa hari sebelum temujanji doktor. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan awal di KLF, di sini... pihak hospital tidak berikan surat dahulu sebelum dapat tarikh temujanji (prosedur hospital). Apabila Day 1 period Omma jatuh hari cuti, agak kelam kabutlah di pihak Omma. Mana nak cari kedai printing blabla. Oleh sebab doktor yang merawat bercuti pada 20 dan 21 Julai 2021, nurse minta Omma datang pada Day 1 period iaitu pada 19 Julai 2021. Kalut lah pagi 19 Julai nak cari kedai printing, pi balai dll. Tapi Alhamdulillah. Selesai jugak. Memang ingat nak cancel dan tunggu bulan akan datang dah. Rasa menyusahkan pun ya but its okay. Kita faham situasi sekarang. I am okay. Huhaha...

Berbalik pada date period Omma. Omma pun susah nak cakap bila Omma period sebenarnya. Spotting pada 16 Julai 2, 2021. 17 Julai pun masih spotting. Petang 18 Julai dah ada darah hitam. 19 Julai... nak kata flowing pun tak jugak. Lain daripada kebiasaan. Entahlah. Sampai hari ni pun, flowing tak ketara. 

Okey. Waktu jumpa doktor, 1st thing buat ialah scan. Sebelah kiri ada 2 telur. Sebelah kanan pula tak nampak telur sebab kata doktor, ada cyst yang agak besar. jadi, tak nampak telur tu. Jadi, bermula hari tersebut iaitu pada 19 Julai sampai 26 Julai 2021, Omma diminta makan ubat Microgynon 30 sekali sehari selepas makan malam. Fungsi dia nak kecutkan cyst. Atau lebih dikenali juga sebagai pil perancang. Kesan sampingan ubat ni - loya, sakit payu dara, rasa kembung, perubahan mood, sakit kepala, spotting dll. 

Lain-lain, Omma juga diterangkan tentang result blood test dan pap smear Omma tempoh hari. Untuk CA125, range darah Omma normal iaitu bawah 35. Pap smear pun tiada apa-apa masalah. Alhamdulillah.

Oleh sebab ada cyst, IVF tidak dapat dimulakan lagi. Doktor bagi pilihan. Nak biarkan dan tunggu bulan hadapan @ makan ubat pil perancang. Then, doktor suggest makan ubat pil perancang ni dan jumpa balik doktor pada 27 Julai 2021. Kalau masih tak kecut, perlu teruskan ubat sampai tempoh yang doktor tetapkan.

Tentang pengalaman berjumpa doktor... so far, bagi Omma, doktor okey walaupun rasa macam doktor agak rushing. Suami pun cakap doktor macam terkejar-kejar tapi sebab tak mula rawatan... tak lah terasa sangat. Lagipun, Omma pun banyak baca pasal TTC ni... jadi, bila doktor bagi penerangan, Omma cepat faham. Cuma suamilah. Jawapan diterima suami tak berapa clear. 

Lepas jumpa doktor, jumpa misi pulak untuk ambil ubat dan diberi penerangan tentang ubat. Selesai ambil ubat, buat bayaran. Kos keseluruhan ialah RM70. 

Perbezaan harga untuk scan, ubat dan pendaftaran:

Scan

Sunfert - RM80

Pantai - RM135

KLF- RM25

Microgynon 30

Sunfert - RM21

KLF - RM35

Pendaftaran

LPPKN - RM40 (pendaftaran kali pertama sahaja)

Sunfert - RM5

Pantai - RM8

KLF- RM10

Perbezaan untuk sistem, penerangan doktor di hospital:

Sistem

KLF - #1.

  1. Setiap TTCian ada no ID sendiri. Jadi, nama kita orang tak tahu.
  2. Penjagaan SOP pun agak baik.
  3. Fasa pertemuan pun teratur - jumpa doktor, jumpa misi, buat pembayaran. Semua di satu floor. 

Sunfert - #2.

Pantai - #3

  1. Daftar tempat lain, isi borang dekat klinik, ambil darah tingkat lain, bahagian IVF tingkat lain. 
Penerangan doktor:

Pantai - doktor lebih pada cara mak-mak bagi penerangan. Penerangan pun clear.

Sunfert.

KLF.

LPPKN.

Nota: Bagi Sunfert dan KLF, oleh sebab Omma dah biasa membaca tentang TTC ni, mudah lah nak tangkap penerangan doktor. Bagi suami, agak blur jugak dengan penerangan doktor. Doktor juga punya kelebihan dan kepakaran masing-masing.

Konsultansi

LPPKN - RM10

Sunfert - RM80

Pantai - tak tentu. 

KLF - tak tentu.

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...