Cari apa tu?

Sunday, July 25, 2021

Vaksin Dos Pertama (22 Julai 2021)

Hi, sisters. Apa khabar? Dah vaksin? Banyak rakan-rakan Omma tanya... boleh vaksin ka nak TTC ni. Sebenarnya... Omma pun tak pasti. Tapi... mengikut petugas di kaunter, perlu tangguh TTC selama lebih kurang 2 bulan selepas vaksin. Apapun, Omma akan dapatkan nasihat pakar yang merawat Omma tapi bagi Omma sendiri.... 

Antara TTC atau vaksin... Omma terdetik untuk memilih untuk vaksin dahulu. Sebab apa? Kes terus meningkat. Tak menentu. Varian baharu asyik muncul. Plus some more, ada rakan/ kenalan Omma yang preggy... dijangkiti Covid... Akibatnya azab. Ada yang perlu paksa lahir pada minggu ke-25 dan minggu ke-27. Baby dah keluar, nyawa ibu pula di hujung tanduk. Walaupun vaksin tidak dapat menghalang diri daripada dijangkiti Covid, Omma memilih untuk ikhtiar.

Okey. Omma share serba sedikit ya...  


Panduan bagi yang memilih untuk vaksin.


Aktiviti yang tak dibolehkan selepas vaksin. Kata orang, selepas dos kedua, lebih perlu berehat.

Lagi larangan aktiviti selepas vaksin. Bagi yang perlu bersenam, Omma cadang... berjalan perlahan setiap hari dalam 30 minit ka... atau paling bagus, dapatkan 10,000 langkah.


Ni pulak tentang tempoh vaksin mula efektif pada diri kita.

Jom, semua. Ajak diri, saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga untuk sama-sama vaksin. 


No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...