Cari apa tu?

Saturday, July 31, 2021

KL Fertility 4 (27 Julai 2021)

Hi, sisters. Appointment kali ni sekejap aja. Doc hanya scan. Tengok cyst kecut ke tak. Kata doc, cyst, kecut separuh menjadi 11mm (hari tu 23mm tak silap). Rasanya, jumpa doc tak sampai 5 minit kot. Sebab doc rushing ada prosedur OPU. Suami kali ni tak follow (tunggu kat luar) sebab suami takut kecil hati doc cepat dan tak menjawab soalan dia. Haha...

Lepas jumpa doc, masuk bilik nurse. Dapatkan time slip untuk suami. Salah Omma kat sini. Lepas dapat time slip tu, tak baca dulu. Ada ka patut depa bagi time slip untuk Omma. Omma nak tunjuk kat siapa? Omma bukannya kerja. Suami yang keluar pejabat. Haha... dah emel KLF tapi tak ada respons pulak. Jawab boleh pun tidak. Tak boleh pun tidak. Entahlah. Nanti tanya semula. 


Next appoinment Omma ialah pada 14 Ogos 2021. Entah lah. Entah lah. Tak tahu nak cakap apa yang Omma rasa.

Oh ya... sejak period awal Julai hari tu... sampai hari ni masih ada darah keluar.

16 Julai - spotting.

17 Julai - spotting.

18 Julai (petang) - darah hitam di pad.

19 Julai - hari ini - darah hitam. Untuk 2-3 hari ni, darah hitam tetap ada tapi tak banyak. 

Perubahan hormon mungkin. Nanti google. 

Selesai jumpa nurse hari tu, buat bayaran. 

RM25 untuk scan.

RM10 admin fee. 

Selesai. Doakan Omma ya. Omma sebenarnya dah putus harap pada diri sendiri tapi tetap yakinkan diri pada Tuhan. Doakan Omma. Mood pun swing. Mungkin kesan Microgynon 30 tu. Bye.

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...