Cari apa tu?

Tuesday, August 17, 2021

KL Fertility 5 (14 Ogos 2021)

Hi, sisters. Lama tak update. Busy dan malas sikit. Okey. 12 Ogos Omma dah selesaikan cucuk vaksin dose kedua, Alhamdulillah. Kalau refer pada saranan KKM, vaksin ni akan efektif selepas 14 hari means pada 27 Ogos 2021, insya-Allah.

Pada 14 Ogos 2021, Omma jumpa lagi doktor di KLF. Mula-mula, scan. Telur tak nampak sebab Omma makan Microgynon 30. Memang ubat ni nak bagi telur tidur bagi. Then, doktor ada cakap, akan start cycle IVF pada 18 Ogos 2021 jika ujian darah okey.

Omma ada minta time slip suami juga sebab emel Omma tak dibalas. Rupa-rupanya, KLF dah reply dan bagi suami Omma tanpa pengetahuan Omma. Jadi, setel lah kan. Lain-lain, Omma juga stop ambil Microgynon 30 mulai 14 Ogos 2021. Kos rawatan hari ni RM320 tapi RM180 refundable bila start cycle IVF.

Selesai di KLF, buat buat akupuntur. Omma tak pasti mana lebih bagus. Han atau Xi ni. Dari sudut masa (lama), Han puas hati lah. Jarum cucuk banyak dan masa pun panjang. Xi ni dalam 30 minit sahaja. But then, dari sudut keberkesanan, Omma tak berapa nak pasti. Kos akupuntur RM125.

Doakan Omma ya...

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...