Cari apa tu?

Monday, September 6, 2021

Tebalkan dinding rahim

Hi, guys. Ketemu lagi kita ya. Apa khabar? Omma sihat, insya-Allah. Sedang dalam usaha nak dapatkan BMI ideal. Lebih kurang 2kg nak turun. But then, Omma target turun 4-5kg. Doakan Omma ye. Omma ni memang jenis kuat makan. 


Insya-Allah, Omma dalam proses tunggu nak buat FET. Aktiviti Omma, maintain macam sebelum OPU. Makan supplement Vit D, Fish Oil, Co-Q10, Vit C, multivitamin dan Asid Folic. Exercise sikit-sikit. Buat walking indoor. Cuba makan sayur banyak. Makan kurma. Minum susu kambing fresh. Apa lagi? 

Hari ni, Omma nak share cara nak tebalkan dinding rahim. Untuk apa tebalkan ni? Agar peluang embrio nak melekat ni tinggi, insya-Allah.

Bersenam

  • Cuba buat minimum 45 minit. Setakat ni, Omma belum konsisten.
  • Omma suka buat walking indoor dan senaman tonggek.
Tidur
  • Omma baca, kena tidur dalam 7-9 jam. Omma tak berjaya lagi. Dalam 6 jam okey.
Kurangi stres
  • Macam mana nak kurangkan stres? Omma... buat apa yang Omma suka. Avoid orang toksid. Makan apa yang nak makan. Main dengan kucing.
  • Antara cara lain yang disaran ialah yoga.
Baiki pola pemakanan
  • Banyakkan makan sayur, buah dan biji-bijian.
Buat akupuntur
  • Untuk peredaran darah katanya.
Makan makanan yang kaya dengan zat besi
  • Contoh - delima, kerang, kangkung, sayur hijau
Banyakkan protein
  • Salmon, daging lembu, ikan, kacang soya, keju, telur, kekacang, susu.
Makan kurma

Makan badam

Minum teh hijau

Rujukan 

1. https://id.wikihow.com/Menebalkan-Lapisan-Dinding-Rahim
2. https://www.facebook.com/EffertyEmmaSeremban/videos/147083443954859/
3. https://hellodoktor.com/kesihatan-wanita/wanita-lain/makanan-kuatkan-rahim-boleh-diamalkan/

No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...