Hi, sisters. Jumpa lagi. Hari ni, Omma jumpa doc lagi. Ada beberapa perkara doc maklumkan antaranya...
Tentang telur yang berjaya disenyawakan - Dapat 3 telur. Daripada 3 telur, 2 dapat disenyawakan. Gred 2 telur ni baik iaitu masing-masing 4 dan 6 sel.Omma confuse sikit pasal gred ni. Sebab embriologist cakap, 1 zigot bagus. 1 zigot biasa-biasa (6 sel tu). But then, doc cakap... untuk day 2, sel dalam 2-4 tapi ada juga sampai 6. Tak tahu mana betul.
Lain-lain... doc cadang buat uterine streching.Aku tanya... kalau nak buat ERA? Doc cakap, ERA kena embrio day 3. Jadi, doktor ada sebut pasal 2nd OPU (huhu... How can). Oh ya. Aku tanya jugak doc... kenapa freeze zigot pada day 2. Doc cakap sebab telur dapat tak banyak. Terfikir pulak, kenapa tidak day 3 (di mana ERA dah boleh buat). Takut tak dapat survive telur duduk kat lab. Tapi, zigot tu boleh thaw dan tunggu day 3 sebelum FET balik mengikut kaedah ERA.
Sebenarnya... ada beberapa perkara yang bermain dalam minda aku. Pertama, tentang ubat yang digunakan untuk stimulate. Untuk rekod, doc dapat 5 telur waktu scan. Pada pertemuan asal dengan doc, doc suggest guna pakej unlimited which is guna ubat tanpa had. Tapi... dalam prosedur, doc guna pakej RM16,100 di mana kuantiti ubat lebih sedikit. Yang bermain dalam minda aku, kenapa tak guna unlimited ubat untuk stimulate kelima-lima telur tu. Adakah jika guna unlimited ubat, telur paling besar boleh abandone? Sebab tu doc bagi ubat yang gitu. Nanti aku nak tanya balik doc sebab bidang ni kepakaran doc. Aku ni, ikut logik je.
Untuk rekod, di Sunfert dulu... ubat untuk stimulate ni ikut pakej. Pakej RM8,800 tidak sama dengan pakej RM13,800. Di sini aku faham, makin murah pakej, kualiti ubat tu makin kurang. Di Pantai pula, doc akan bagi ubat ikut keperluan patient. Lain patient, lain keperluan.
Doakan yang terbaik untuk aku ye. Jujur cakap, macam-macam main dalam fikiran aku. Rasa pada diri sendiri... pada suami... jugak pada semua yang terlibat.
Plan aku dan suami...
Daripada 2 zigot. 1 kami nak make it day 2 dan guna kaedah ERA. 1 lagi akan guna kaedah uterine streching. Tapi tak tahu lah. Baru nak tanya doc. Next appoinment aku dengan doc ialah pada day 13 @ day 14 @ day 15 period. Kalau teruskan streching, kena pastikan bladder penuh. Doc akan bagi Lucrin 1 dengan FET HRT REGIME.
Kos pula RM10 untuk bayaran admin. Tiada scan hari ni. Hanya consultation sahaja.
Okey bye.
No comments:
Post a Comment