Hi. Hari ni, Omma OPU. Omma sampai KLF dalam pukul 8 lebih. Mula-mula, doc scan tengok kot ada telur berbaki. Lepas scan, masuk bilik recovery. Kena salin baju (warna pink), pakai topi nak masuk OT tu dan pakai selipar yang disediakan. Oh ya. Omma tak pakai alat kosmetik dan juga alat emas sebelum OPU.
Masuk daycare, lepak dulu sementara tunggu jam 9.30 pagi. Doc cucuk dulu sebagai persediaan nak masukkan ubat bius. Misi ada tanya juga pasal sejarah operation dll. Berat Omma sebelum OPU 70kg which is BMI ialah 26. Huh!
Jam 9.30 pagi masuk OT. Doc suruh sebut nama dan IC number. Kemudian, tak sedar dah. Selesai semua, doc cakap, dapat 3 telur (out of 4). Doc cakap dah flush tapi tak dapat jugak. Hari ni dikira day 0 sebelum IVF dibuat. Ahad which is 29/8/2021 consider day 1. Day 2 baru dapat tahu sejauh mana perkembangan embabies.
Jujur kata. Omma risau dan tak yakin. Dengan keadaan telur Omma yang sikit... lepas tu, lambat membesar. Entahlah. Omma tak tahu nak cakap macam mana. Memang sebulatnya pada ketentuan Allah.
Doakan Omma ya. Mana tahu dapat twins. Kos hari ni RM1500+. Ni kos freeze embrio. Ubat pulak... continue Zinnat 1 biji 2 x sehari (sampai Selasa). Forlax 2 x sehari (sampai Isnin) dan Celebrex 450mg 1 biji 1 x sehari (sampai Ahad). Fungsi Celebrex ialah tahan sakit.
So far lepas OPU... kalau 1st OPU dulu... memang tak rasa apa-apa langsung. Kali ni, rasa pening dan mamai. Malam pulak bloated sikit. Tapi hari Ahad ni dah okey dah.
Doakan Omma.
No comments:
Post a Comment