Cari apa tu?

Thursday, August 26, 2021

KL Fertility 9 (26 Ogos 2021)

Hi, sisters. Appt hari ni, mula-mula scan telur. Ada 4 yang besar sebelah kanan saiz 13, 16, 18, 19. OPU Omma pada 28 Ogos 2021 jam 9.30 pagi. Kena ada kat OT jam 8.30 pagi dah. Sperm pulak akan lepas pada jam 9.00 pagi hari sama. Hari tu, suami kena release sperm last untuk dapatkan sperm fresh Sabtu ni.

Siap jumpa doc, jumpa nurse. Nurse cucuk ubat (blocker) untuk tak nak bagi telur pecah sebelum OPU. Kata nurse, Ponstan pun fungsi sama tak nak bagi telur pecah tapi ubat cucuk ni lagi kuat. 

Untuk ubat...

Omma dah stop ambil Ova-Mit mulai malam ni.

Ponstan Omma teruskan 3 kali sehari sampai Jumaat malam.

Forlax pula makan harini dan esok (sekali sehari sahaja). Kena makan sebab kesan ubat dan injection ialah sukar buang air besar. Kena minum 1/2 jam sebelum makan.

Malam ni, Omma kena cucuk ubat pecah telur (untuk tempoh 36 jam). Omma minta tolong kawan inject. Nama ubat tu, Olgalutron dan Ovidrel. 

Esok, Omma mula ambil antibiotik Zinnat 250mg. Kata nurse, ambil antibiotik ni sebab OPU nanti melibatkan kemasukan alat ke vigina.

Doakan Omma.


Arahan makan ubat.

Ubat terima.

Lagi ubat diterima.

Ni jadual ubat keseluruhan sebelum OPU.

Kos hari ni.

Lepas jumpa doc, Omma buat akupuntur.


No comments:

Post a Comment

KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...