Hi, sisters. Jumpa lagi. Okey. Temujanji dengan doktor kali ni agak mencabar. Pertama sebab Omma perlu drive sendiri (Omma tak biasa drive di jalan sesak). Sesat jugak. Dari 30 minit ETA jadi 1 jam lebih. But then, Alhamdulillah. Sampai on time. Balik pulak tak sesat.
Masuk jumpa doc, doc scan dulu. Ada nampak 1 telur belah kiri dan 3-4 telur belah kanan. Doc cakap tak nampak sangat sebab Omma on ubat Microgynon. Omma tanya. Bilangan telur ada potensi bertambah atau macam mana? Doc cakap ada yang growth dan ada yang tak. Tak boleh nak cakap. Selesai dengan doc, terus jumpa nurse. Next appoinment 23/8/2021 jam 1.45 petang.
Masa jumpa nurse....Pertama, nurse ada bagi risalah pasal Covid-19. Ada juga bagi form untuk Omma isi. Antaranya kandungan dalam form tu ialah pilihan yang Omma nak buat. Omma cakap... Omma tak tahu nak pilih yang terbaik untuk Omma sebab bukan kepakaran Omma. Omma minta pihak hospital yang cadangkan. Bagi Omma, untuk Omma simply sign ikut kepala Omma bukan keputusan yang tepat. Kemudian, nurse minta bincang dengan doktor. Nurse juga ada beri info tentang contact person untuk dihubungi jika ada masalah lepas prosedur.
Okey. Selesai di situ. Omma diberi dua jenis ubat untuk stimulate telur.
HUMOG 300/150
18/8 Humog 300 - nurse cucuk dan ajarkan cara cucuk. Omma dah tahu sebenarnya. Takut nak buat sendiri.
19/8 Humog 300 - cucuk di Klinik Mutiara Ayer 8 dengan bayaran RM20.
20/8 Humog 150 - cucuk di Klinik Mutiara Ayer 8 dengan bayaran RM20.
21/8 Humog 150 - cucuk di Klinik Mutiara Ayer 8 dengan bayaran RM20.
22/8 Humog 150 - cucuk di Klinik Mutiara Ayer 8 dengan bayaran RM20.
OVA-MIT
Ubat ni makan 2 biji, 2 kali sehari. Omma dapat dalam 22 biji. Mula makan dari 18-23/8/2021. Cuma pada 23/8 tu, makan belah pagi sahaja. Omma makan jam 8 pagi dan 8.00 malam.
Kesan Ova-Mit:
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Kembung
- Sakit payu dara
- Pening
- Pendarahan faraj yang tidak normal
- Perubahan mood
Selesai dapat ubat dan diberi penerangan, Omma mula buat pembayaran.
Untuk cycle pertama IVF ni, mula bayar RM10K. Lepas tu, admin fi RM50. Oleh sebab ujian darah minggu lepas reimburse, dapat balik RM180. Tang pakej ni, Omma confuse sikit. Sebab biller bagi pakej yang RM16100. Waktu pertemuan pertama dengan doc dulu, doc rekemen pakej RM21K+. Isnin ni jumpa doc, Omma akan tanya balik. Biller cakap, boleh tukar lepas ni kalau nak tukar. Cuma, untuk pakej yang RM21K+ tu, harga tak termasuk ubat makan. Anggapan Omma, doc bagi pakej ni sebab nak bagi Omma ubat makan sekali. Doc knows better, insya-Allah.
Selesai di situ, Omma buat akupuntur di Xi pulak. Kos RM75. So far, semua okey. Cuma Omma ada panggil nurse untuk emergency sebab Omma rasa haba yang dihala ke perut agak panas. Omma tanya. Tak impak telur ke sebab sebelum ni... kalau nak OPU tak boleh mandi air panas bagai. Nurse tu cakap okey. Isnin ni, akan tanya balik doc KLF dan Xi.
No comments:
Post a Comment