Hi, sisters. Appt Omma pada 23 oGos. Mula-mula scan telur. Dapat dalam lima telur. Kiri nampak tapi kecil jadi consider tak ada. Sebelah kanan ada lima. Saiz 6, 9,11,12,13. Misi cakap, telur matang minimum saiz 16. Tak boleh nak hurai details sebab kena tengok kondisi telur dulu.
Siap jumpa doktor, jumpa misi pulak. Dapat 3 jenis ubat.
Ponstan 250mg - makan tiga kali sehari. Mula makan hari ni. Omma tak pasti untuk TTC, apa fungsi dia. Kalau ikutkan google, ubat sakit kepala.
Ovamit 50mg - makan dua kali sehari (sekali makan 2 biji). Yang ni, teruskan makan ubat dari 18/8/2021.
Humog 150iu cucuk dua kali iaitu pada 23/8/2021 di KLF dan 24/8/2021 di Mutiara dengan kos RM20.
Selesai jumpa nurse, buat bayaran. Untuk hari ni, tak ada charge (sebab dah masuk pakej). SELESAI. Omma pi buat akupuntur di Xi pulak.
Tak faham sangat tang akupuntur ni. Tapi so far... entah. Buat dan jalan aja lah. Bawah ni pulak result blood test 14/8/2021 hari tu. Sebab result ni, Omma boleh mula cycle IVF.
No comments:
Post a Comment