Hi, sisters. Hari ni jumpa doc, scan telur. Telur agak lambat berkembang. Sebelah kanan, saiz dia 7,11,14,14,15. Doc bagi lagi Humog dan tambah Hucog. Entahlah. Omma tak tahu nak cakap macam mana. Bila bercakap dengan kawan TTCian, takut sebab Omma minum susu tepung Wildan. Katanya tak elok sebab susu tu susu diproses. Jadi, esok jumpa lagi doc untuk tentukan nak buat OPU pada Sabtu @ Isnin. Bergantung pada perkembangan telur.
![]() |
Saiz telur Omma. Progress tak banyak. 23/8/2021 saiz - 6,9,11,12,13. |
Selesai jumpa doc, jumpa misi. Ambil ubat. Hari ni, dapat lagi tambahan Ponstan 250mg, Vita-Mit 50mg, Humog 150iu dan Hucog 250iu. Humog dan Hucog cucuk terus dengan nurse. Bayaran hari ni pula RM6100. Selesai kat situ, terus buat akupuntur. Kos RM75.
![]() |
Jumpa nurse kena sign ni. Senarai ubat dapat hari ni. |
![]() |
![]() |
Lagi senarai ubat diterima. |
Omma tanya perawat akupuntur. 23 Ogos 2021 dah akupuntur untuk stimulate tetapi kenapa tak membesar pun. Jawab perawat, sebab telur baru nak masuk dengan ubat (wording lain).
Entah lah. Entahlah. Untuk TTC kali ni, Omma agak down sikit. Bye. Doakan Omma.
No comments:
Post a Comment