Cari apa tu?

Monday, June 28, 2021

Apa Omma makan?

Hi, sisters. Hari ni, Omma nak share pasal pemakanan Omma dalam usaha untuk dapat baby, insyaAllah.

Untuk breakfast.


Avocado - Omma ambil 1/2 biji sehari. Kalau ikutkan mummy yang berjaya conceive, mereka ambil 1 biji sehari. Tapi sebab harganya agak mahal dalam RM4 sebiji, Omma ambil 1/2 aja lah.

Susu FarmFresh - Omma minum secawan sehari. Nak minum susu kambing tapi mahal dalam RM6 sebotol.

Kacang badam - 10 biji sehari. Omma beli di Mahnaz.

Kurma ajwa - Ni pun barang mahal jugak. Omma makan 7 biji sehari. Alhamdulillah, untuk IVF cycle baharu, ada sahabat yang baik hadiahkan pada Omma dalam 2kg.

Kiwi - 1 biji sehari. Kayangan juga harga dia.

Buah-buahan lain - dragon fruit, limau dll. Ikutlah apa yang ada. Omma pernah terbaca, pisang dan nanas tak elok selepas FET. Wallahualam. Jadi, Omma avoid aja lah.

Sayur pula, Dr. saran sayur berwarna warni. Jadi, Omma cuba konsisten makan bayam hijau, bayam merah, taugeh, sawi, terung. Carrot berlebihan pula Dr. tak saran. Katanya Vitamin A berlebihan tak elok untuk baby. 

Lain-lain yang Omma baca, perlu minum air yang mencukupi. Omma nak minum cuka epal kot sesudu sehari untuk tujuan pelawasan. 

Okey. Bye.

Berat badan ideal

Insya-Allah, Rabu ni Omma akan mulakan rawatan cycle baharu di KL Fertility. Actually, berat badan Omma sebelum ni masuk kategori ideal iaitu BMI <25. But then, lepas FET (2)... Omma tak exercise dan tak jaga badan. Akibatnya, berat naik mendadak sampai 6-7kg. Paling berat dalam 71-72kg tau dengan ketinggian 1.64cm. Iyalah. Makan sekian sekian sekian lepas FET agar implant blastosis berjaya kan...

Omma terbaca, antara faktor yang mengganggu kesuburan seorang wanita ialah berat badan berlebihan. Maka, bermulalah perjalanan Omma untuk mendapatkan berat badan ideal ni.

Perkembangan berat badan Omma.

BMI terkini. Omma nak kejar minimum berat 67kg dan kalau boleh nak 63kg. Huhu. Sisters boleh download di Apps BMI & Weight Control

Apa yang Omma buat?

Omma jaga makan

Pagi

Avocado, badam 10 biji, kurma ajwa 7 biji, susu Farmfresh (makanan ni juga sebenarnya yang Omma baca baik untuk telur). Kadang teringin, ada ke laut juga.

Snacking

Omma letak Corn Flake dan susu tapi setakat ni tak ambil snacking sangat. Ni pun ada ke gunung. 

Lunch

Nasi putih, sayur, ikan/ ayam.

Dinner

Dinner Omma ni tak berapa nak elok iaitu makanan bergoreng macam kueh teow goreng dll. Cuma Omma ambil dalam kuantiti tak berapa banyak. Cuma... malam ni, terbanyak pulak.

Omma exercise

Setakat ni, pagi-pagi Omma akan buat walking indoor @ workout dalam 30-45 minit. Omma biasa follow.. Petang pula, Omma guna treadmill dalam 30-45 minit. Kelajuan pula antara 4-5. Weekend, setakat ni Omma briskwalk sekali. Omma terbaca, sebaiknya langkah kaki sehari ialah 10000 langkah. 10K langkah ni sangatlah susah nak dapat.

Walking indoor.

Tabata.

Walking indoor.

Maaf. Omma tak pandai masukkan video dari Youtube. Jadi, Omma berikan link ya.

Selain itu, suami Omma cakap tidur yang cukup juga boleh menurunkan berat badan. Omma setakat ni tidur dalam jam11+ dan bangun jam 5+am. Sebenarnya, bangun awal lagi sebab anak bulus duk kejut suruh teman tidur. 

Dulu... Omma rajin kira kalori defisit guna Apps MyFitnessPal. Tapi... tak konsisten isi Apps tu.

Lain-lain tips yang Omma baca tapi Omma buat tak buat... cut terus gula. Minum air suam 2-3 liter sehari. Dulu, Omma ambil cuka epal, menjadi tapi minum cuka epal ni, ikut mood. 

Jadi, jom sisters TTCian. Kalau mampu, kita cuba untuk dapatkan berat badan yang ideal. Selain untuk tujuan kesuburan, untuk kesihatan jugak. Mungkin kita tak berjaya capai target tapi at least, kita dah usaha kan?

Friday, June 25, 2021

Pantai 1-5 (FET 2)

Hi,  sisters. Hari ni, Omma nak rangkumkan perjalanan FET Omma di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula. Mula-mula, Omma call HPKL di talian 03-22960714/15. Bagitahu nak buat appoinment untuk infertility. Receptionist akan sambung ke bahagian O&G atau Klinik Dr. Adilah. Kalau Kak Salina (nurse di Klinik) tak ada, O&G akan ambil nama dan nombor contact kita. Kak Salina akan return call. 

Appoinment pertama ialah pada 27 April 2021. Jumpa dengan Dr. Bagitahu serba sedikit pasal cerita TTC sebelum ni. 

Kos untuk 1st appoinment ni meliputi scanning, consultancy dan transfer embrio dari Sunfert ke Pantai. 

2nd appoinment pula pada 19 Mei 2021. Ada scanning, consultansy dan ambil darah. Embrio pun dah transfer dari Sunfert ke Pantai. Ni ha laporan yang diterima.

Rasanyalah. Ni laporan blastosis.

Tujuan ambil darah pada 2nd appointment ialah untuk menentukan sama ada boleh proceed FET tak untuk cycle ni. Jawapannya boleh. Jadi, dah boleh on ubat pada 19 Mei 2021 sampai 3 Jun 2021.

Kos untuk appoinment kedua.

Doktor ada bagi 3 jenis ubat. 1 untuk makan iaitu Progynova 3x sehari. 1 untuk insert di vagina. 1 biji... pun 3x sehari. Nama ubat tu Femoston. Ubat ni ada 2 colour. Insert yang warna merah. 1 lagi ubat Utrogestan. Simpan dulu ubat Utrogestan ni jangan buat apa-apa. Jadual makan/ insert ubat ni ialah setiap 8 jam dan masa kena tepat.

Jadual pemakanan ubat dari 19 Mei - 3 Jun 2021.

Ada 3 sela waktu nak ambil ubat ni.

6am, 2pm, 10pm
7 am, 3pm, 11pm <- Omma pilih timing ni. Kena makan pada waktu sama ye.
8am, 4pm, 12am.

Next appoinment ialah pada 3 Jun 2021. Hari ni, dapat tambahan ubat Hiprogin tapi mula inject pada 4 Jun 2021. Bermula 4 Jun 2021 juga, mula pemakanan ubat baharu iaitu Progynova 3x sehari (kekal), Fremaston kuning 3x sehari 1 biji dan Ultrogestan 3x sehari. Pagi 3 biji, petang 2 biji dan malam 3 biji. 

Jadual pemakanan ubat dari 4 - 17 Jun 2021.

Kos terlibat  pada 3 Jun 2021. Pada 3 Jun jugak, kena buat ujian darah apa thah. Rasanya untuk Hepitatis B. Kemudian, kena hantar borang ke DayCare bagi tujuan FET pada 9 Jun 2021. Sepatutnya ada IVF kaunseling tapi sebab kejar masa nak balik, minta kaunseling pada 5 Jun 2021. 

Hasil ujian darah pada 3 Jun 2021. 

Pada 5 Jun 2021 pulak, kena buat swab test dengan kos RM220. Bila tanya Kak Salina, tak boleh buat kat tempat lain ka? Kak Salina kata ada syarat dia. Takut tak valid buat kat tempat lain. Iyalah. Buat kat Pantai, maknanya kena ke Pantai lagi. Maknanya, kena mohon surat rentas lagi. Kos minyak dan tol lagi.

Hasil swab test ialah negatif.

Kos swab test RM220.

Bermula 4 Jun 2021 juga, Omma kena cucuk Hiprogin. Date seperti dalam jadual di bawah. Cucuk Hiprogin ni kena dengan doktor/ nurse bertauliah. Kena pelan-pelan. Kalau tak sakit, membengkak dan gatal. 


Nah, Omma share kos terlibat. Ubat jarum semua Pantai dah sediakan.

4 Jun 2021Azalea Putrajaya - RM120 (Omma rasa sangat ralat sebab teramat mahal. Katanya sebab jumpa doktor pakar. Actually, Omma nak jumpa nurse je. Tak nak check bp bagai. Huhu... Salah Omma jugak. Panik. Dah tu, bengkak dan gatal jugak)

7 Jun 2021 - Klinik Mutiara Putrajaya - RM20 (Berpatutan. Kesan cucuk pun tak macam di Azalea. Maybe sebab doktor cucuk pelan-pelan).

10 Jun 2021 - Klinik Medivron Bangsar South - RM25 (Macam di Mutiara. Okey).

13 Jun 2021Klinik Mutiara Putrajaya - RM20.

16 Jun 2021 Klinik Mutiara Putrajaya - RM20.

Omma ada contact Poliklinik Cahaya Ayer 8. Harga untuk cucuk RM30. Tapi... Omma tak pi sana sebab staf dia tak mesra alam sangat. 

Then... mula persiapan untuk FET (2).

Kena bagi ni dekat DayCare pada 3 Jun 2021 tu. Tak ada syarat khusus. Penuhkan bladder. Jangan pakai barang kemas. Jangan pakai bahan kimia (kosmetik dll).

Ni gambar blastosis Omma. Dari gred 4BB jadi 5AA sewaktu FET. 

Oh ya. Omma dah masuk DayCare pada jam 9.00 pagi. Jam 10.00 pagi tukar baju. Jam 10.15 last pee. Kemudian, gerak ke OT di tingkat 3 iaitu di pusat IVF. Mula-mula, Omma dibawa masuk ke bilik apa thah... untuk tengok blastosis Omma. Di situ Omma tahu yang gred blastosis Omma dah upgrade jadi lagi baik. Settle di situ, baru bermula perjalanan FET Omma. Ada cerita tau. Huhu...

Dah duduk kat atas katil OT tu, tup-tup, lampu yang digunakan menghala pada pesakit (macam lampu meja study tu) blackout. Tak hidup langsung. Ada lampu besar kat siling je. Tu pun waktu FET kena tutup sebab takut ganggu embrio. Kemudian, Omma tengok nurse guna torch light daripada handphone. Doktor ada cakap kena duduk belah mana-mana. Iyalah. Maybe takut menghala terus ke embrio, mati pulak anak Omma sebelum sempat masuk dalam rahim (anggapan Omma lah). Akhirnya... selesai.

Tak tahu nak cakap apa Omma rasa. Perjalanan nak insert embrio ni berjalan lancar cuma tang guna torch light handphone tu... tak tahu lah Omma nak komen sebab bukan kepakaran Omma. 

Kos rawatan FET.

Selesai FET,Omma stay di Hotel VE untuk hari. Sebab nak elak pergerakan dalam tempoh 1-2 hari. Doktor cakap, dari waktu insert blastosis, patut akan menempel dalam tempoh 1-2 hari. Dalam tempoh 6 hari pula, selesai penempelan. Kalau di Sunfert, nurse tak ada keluarkan urin kita. Di Pantai, nurse ada keluarkan urine selepas FET. Tujuannya tak nak bagi kita bergerak. 1 jam selepas FET adalah tempoh kritikal jadi memang tak dibenarkan bergerak langsung.

2WW sama macam sebelum ni cuma lebih terurus lah. Cuma... sehari sebelum nak ambil result, suami marah dan merajuk sebab Omma ada kemas rumah (sikit je). Simpton tak ada dan Omma pun tak berharap ada atau tak ada. Tak tahu nak cakap apa yang Omma rasa.

17 Jun 2021... Jam 9.00 pagi ambil darah. Jam 12.00 tengah hari jumpa doktor. Hasilnya negatif. Perasaan Omma. Macam perasaan sisters yang lain apabila result yang keluar tidak seperti yang diharapkan. Doktor kata... ada beberapa sebab tak berjaya menempel antaranya kualiti kromosom rendah dan rahim tak sedia terima embrio. Doktor ada cadang kaedah ERA di mana kaedah ni dapat tentukan masa yang sesuai untuk masukkan telur ke dalam rahim. Doktor ada juga tanya pasal pemakanan ubat. So far, ikut apa yang doktor sarankan. Lagi... doktor sebut pasal supplement.

Ni supplement yang disaran doktor.

Omma down agak lama juga. Susah nak cakap. Susah nak explain. Macam-macam main dalam fikiran. Rasa diri jahatlah sebab Allah tak makbul doa. Rasa diri tak ikhlaslah. Macam-macam lah. Lepas period day 1 pada 23 Jun 2021, Omma berusaha bangkit semula.

Result Beta Hcg -ve.

Kos jumpa doktor untuk dapat berita sedih. 

Kos ambil darah untuk check result.

Sekian kisah sedih tanpa perasaan hari ini.

Thursday, June 24, 2021

2WW after FET (1) IVF Kasih (19 April 2021)

Hi, sisters. 2WW yang mendebarkan kan? Omma... Buat injection Hiprogin 2 kali. Teruskan makan ubat doktor bagi antaranya Duphaston, Progynova, Aspril dan insert Crinone. 

Persediaan sepanjang 2WW.

Omma tak buat kerja rumah. Sepenuhnya suami buat. Awalnya suami masak tetapi tak kena tekak... akhirnya beli. Sebenarnya... nak kata Omma ni seorang yang perfect, tak jugak. Bukan seorang perfectionist lah . Cuma... walaupun dilarang, Omma akan buat juga kerja rumah. Sebab sebelum FET, Omma bangun awal pagi tanpa gagal menyapu, mop dan bersihkan rumah. Suami Omma memang tak bagi langsung Omma buat kerja hatta basuh pinggan pun dilarang.

Ada simpton hamil? Tak ada. Cuma... rasa panas badan. Ada keputihan pada vagina. Omma ada baca. Simpton tu tak wajib.

Akhirnya... tibalah masa 19 April 2021. Keputusannya... NEGATIF. SO SAD... Down. Putus asa. Semua ada. Sebab Omma rasa Omma dah work very hard. Ambil masa lah nak bangkit. 

Result Beta Hcg -ve.

Oleh sebab Omma ada satu lagi telur... Omma berkira-kira nak buat FET (2). Persoalannya di mana? Entah. Rasa nak tukar angin. Omma pun buat appoinment di Hospital Pantai. Next time, Omma cerita pengalaman persediaan FET di Pantai pulak. 

Doakan Omma terus tabah ya. Doakan Omma diberi peluang untuk memiliki cahaya mata sendiri walaupun mustahil pada mata kasar. Doakan doakan...

Kos terlibat.

Okey. Entahlah. Hari ni terasa menulis tanpa perasaan. Harap dapat ambil info bermanfaat ya. 

Wednesday, June 23, 2021

IVF Kasih 9-12 + 2 (3 Jan, 20 & 29 Mac, 8 April + 5 Feb, 5 Mac 2021) FET (1)

Hi, sisters. Hari ni, Omma nak cerita pasal perjalanan Omma selepas OPU dan persediaan sebelum FET. Bagi yang lupa... 

OPU (Ovum Pick Up) = kutip telur.

FET (Frozen Embrio Transfer) = masukkan telur yang dah disenyawa dengan sperma ke dalam rahim.


Jadual persediaan FET. 

Mulai 30 Januari sampai 8 Februari  2021, mula makan Microgynon 30. Tujuan makan sebab nak avoid pregnancy. Iyalah. Kan nak buat FET. Side effect dia banyak (tengok orang). Boleh refer kat link yang Omma dah bagi kat atas. Omma nyatakan sikit ye side effect ubat ni antaranya naik jerawat, loya, sakit perut, perubahan berat badan, sakit kepala, perubahan mood, murung, sakit breast, rambut gugur dll.

Kos pertemuan 30 Januari 2021.

5 Februari dan 5 Mac, mula cucuk IM Diphereline. Omma tak pasti apa fungsi dia tapi ubat ni, perlu dicucuk oleh doktor @ nurse bertauliah. Kalau tengok google, ubat ni untuk rawatan kanser prostat. Omma tak dapat kaitkan keperluan dia untuk rawatan IVF. Harga untuk ubat ni tak termasuk dalam pakej. 

Cucuk 5 Februari 2021.

Cucuk 5 Mac 2021.

Pada 20 Mac 2021, jumpa lagi doktor untuk scan bawah. Then, dapat ubat Aspril 300mg dan Progynova. Aspril dengan dos rendah sefaham Omma fungsi dia untuk meningkatkan peluang mengandung. Mula makan Progynova 3 kali sehari. Aspril pula makan 1/4 biji, sekali sehari.


29 Mac 2021 jumpa lagi doktor untuk scan dan dapatkan ubat, Kali ni, dapat Crinone Gel 8%. Kena insert dalam vagina. Mula insert pada 3 April 2021. Setahu Omma, Crinone ni progesteron gel. Fungsi dia membantu penempelan (ke apa istilah dia). Side effect dia banyak antaranya pening, blur, mengantuk, penat, sakit kepala, moody, gementar, mudah marah, sakit perut, loya, cirit birit, sembelit, kembung, bengkak tangan/ kaki, sakit breast, kejang, sakit pelvis, gatal faraj, rasa panas dan keputihan.

Dalam masa sama, Omma perlu teruskan makan Progynova. Tetiba jadi confuse dengan fungsi Progynova. Nantilah semak balik. Satu lagi, Duphaston 10mg. Mula makan pada 3 April 2021 jugak. Duphaston ni adalah sejenis progesteron sintetik. Fungsi dalam rawatan IVF ni ialah kuatkan rahim bagi membenarkan penempelan. Side effect dia pendarahan faraj, migrain, sakit kepala, loya, muntah, sakit perut, gangguan haid, sakit payudara dan lembut payudara.

Atas ni jadual persediaan FET sehari sebelum. Sebelum FET, tak boleh pakai barang kemas. Bahan kimia macam sabun dll pun tak boleh guna sebab takut kacau embrio. Mandi air panas pun tak boleh. Kena minum air banyak supaya bladder penuh. Tapi, jangan tahan pee doktor marah. Lepas proses transfer, patutnya kena rehat lama tapi seingat Omma, sekejap sahaja Omma rehat sebab Omma nak pee sangat. Nurse pulak bagi bangun. Macam ada silap juga di sini. Terfikir. Kenapa nurse tak bantu keluarkan urine untuk hindar pergerakan terlalu cepat selepas FET. Omma teruskan insert Crinone gel, makan Progynova dan Duphaston. Ada satu lagi tambahan iaitu cucuk Hiprogin 250 pada 12 April dan 16 April 2021. Fungsi dia banyak tapi mudahnya, nak jaga kandungan ibu mengandung. Kesan dia pun banyak... next time Omma share sebab cucuk FET (1) tak ada side effect sangat. Cucuk FET (2) baru terasa side effect.


Kos waktu FET.

Jadual cucuk Hiprogin. 

IVF Kasih 4-8 (12 Disember 2020, 6, 12, 16 & 19 Januari 2021) dan OPU

Hi, sisters. Hari ini, Omma cerita pengalaman Omma mula balik makan ubat subur sebagai persediaan Ovum Pick Up (kutip telur). 


Pada 12 Disember 2020, Omma jumpa doktor. Doktor tengok keadaan telur. Ada tak yang degil nak besar cepat sangat. So far tak ada. Dapat ubat Progynova. Ubat ni nama mudah dia ialah pil perancang. Kalau makan, tak turun period lah. Fungsi dia antara lain untuk rawat simptom menopaus. Juga nak rawat ovari yang tak hasil estrogen yang cukup secara semulajadi. Tak faham sangat dengan makna perubatan. Yang Omma faham... tak bagi period.

Side effect dia banyak:
Sakit kepala, sakit breast/ lembut, loya, muntah, sembelit, angin (kentut kot), pedih ulu hati, naik/ turun berat badan, rambut gugur, gatal faraj, keputihan, haid yang menyakitkan, murung, perubahan mood, perubahan keinginan seks, sakit belakang/ leher/ otot, kulit gelap, hidung berair dll.

Ha kau. Pengorbanan seorang bakal ibu secara TTC ni. Dari awal... lepas tu mengandung... moga Allah merahmati semua TTCian yang tak putus asa nak jadi mak ni. Jatuh bangun tu biasa tapi kena semat dalam jiwa. Allah ada.

Atas ni kos untuk pertemuan pada 6 Januari 2021. Macam biasa, doktor akan buat imbasan tengok telur. Doktor ada bagi ubat untuk kesuburan. Side effect ubat Omma ada cerita sebelum ni.

Pada 12 Januari 2021. Jumpa lagi doktor. Doktor scan dan tambah ubat kesuburan. Kemudian tambah satu lagi ubat iaitu Cetrotide 0.25. Fungsi dia nak cegah ovulasi pramatang. Yang Omma faham, tak nak bagi telur pecah sebelum waktunya @ OPU. Sebelum balik, Dr. pesan buat swab test.

Side effet dia? Ni ha.
Sakit perut, kembung, loya, muntah, cirit birit, naik berat badan, sikit @ tak kencing, sakit ketika bernafas, degupan jantung cepat dan sesak nafas.

Pada 12 Januari 2021, buat swab test. Tak boleh buat cepat sangat. Ada sela tempoh sebelum OPU. Ini adalah SOP sebelum masuk bilik pembedahan. Keputusan Omma negatif. Buat RT-PCR di Poliklinik Cahaya Putrajaya dengan kos RM250. Staf dia sekejap ramah, sekejap tak ramah. Lokasi dekat dengan Nasi Lemak Royale Ayer 8. Boleh contact di nombor 014-6646475 (WhatsApp).


Pada 16 Januari 2021, dapat result  ujian darah. Result seperti di atas. Yang macam familiar tu LH je lah. Jumpa doktor. Scan lagi. Dapat ubat yang berkaitan dengan OPU. Boleh refer bil di bawah. Ada list ubat tu.

Dulcolax tu ubat bagi uuk. Sebab nak kosongkan perut kan. HuCoG pula untuk bantu ovulasi. Unasyn oral tab ni gabungan antibiotik untuk cegah jangkitan.

Side effetc HuCog:
Sakit kat tempat suntikan, sakit kepala, letih, murung, irritation, resah dll. 

Side effect unasyn oral tab:
Sakit perut, kembung, loya, muntah, cirit birit, naik berat badan, kencing sikit @ tak kencing, sakit ketika bernafas, degupan jantung cepat dan sesak nafas.


Jadual penuh mekanan ubat dan perancangan sebelum OPU. Date dll. Sperm ambil pada 15 Januari 2021.


Jadual atau plan 2 hari sebelum OPU. Apa yang kena buat. Apa yang kena makan. Kena puasa dari malam sampai OPU. Sebelum OPU, tak boleh pakai barang-barang kemas (takut hilang) dan barang kosmetik (sabun dll sebab ada bahan kimia). Ovum ni sensitif dengan bahan-bahan kimia sebegini.


Akhirnya,kutip telur pada 19 Januari 2021. Sampai Sunfert, kena salin pakaian dulu. Then, masuk OT. Akan bius separa. Jangan lupa... tak boleh makan sebelum OPU. Bagi yang dah lupa... OPU ni bahasa mudah dia kutip telur. Omma ada 5 telur matang. Daripada 5 telur matang, 4 berjaya disenyawakan. Daripada 4 ni pulak, 1 gred poor, 1 fair dan 2 good. Yang 2 ni sampai blastosis. Gred untuk dua blastosis ni ialah 4ab dan 4bb. Lain waktu Omma cerita pasal penggredan telur dan tahap embrio. Tapi lepas semua cerita pengalaman Omma selesai lah ya. Omma share pun berdasarkan pembacaan, perbualan dll. Bye. Dah tepu. Huhu...

Tuesday, June 22, 2021

IVF Kasih 2-3 (18 & 23 November 2021)

Hi, sisters. Hari ni, Omma nak share pasal pertemuan Omma yang kedua dan ketiga. Iaitu pertemuan sebelum prosedur OPU (Ovum Pick Up).

18 November, Omma mula ambil Folluculin dan HuMoG. Fungsi kedua ubat ni secara kasarnya untuk development telur. Agar ovari dapat bantu keluarkan telur yang matang untuk tujuan IVF.

Side effect Folluculin:
Sakit perut, sakit kepala, kembung, sakit pelvis, kejang perut, loya, gangguan pernafasan, flush panas. Flush panas ni maksud mudah dia rasa panas pada badan.

Side effect HuMoG:
Sakit kepala, sakit tempat suntikan, alahan, sakit perut, kejang perut, loya, sindrom hiperstimulasi ovari. Sindrom hiperstimulasi ovari ni, boleh ancam nyawa kalau jumlah folikel terlalu banyak. Kesan sampingan lain ialah rasa tak selesa pada abdomen.

Pada 23 November, Omma jumpa balik doktor. Masalah timbul bila ada satu telur Omma membesar terlalu cepat berbanding yang lain. Lebih kurang, orang lain baru sebesar benih sawi, dia dah sebesar duku. Jadi, doktor cancel OPU. Kena start dari awal ambil ubat kesuburan balik. Untuk pertemuan ni, tak ada bayaran apa-apa. 

Atas ni pulak ialah ubat yang berkaitan dan kos terlibat untuk rawatan pada 18 November 2021.

Monday, June 21, 2021

IVF Kasih 1 (16 Oktober 2020)

 Hi, sisters. Sebelum ni, Omma ada cerita pasal usaha Omma mencari tempat IVF mampu milik. Akhirnya, Omma memilih IVF Kasih yang terletak di Shah Alam. Dalam pertemuan pertama, Omma mula dapatkan consultansi daripada Dr. SD. Dr. juga ada menyebut tentang pakej yang ditawarkan. Ada ambil darah juga untuk check AMH. Juga buat pap smear. Result dan kos berkaitan Omma kongsikan di bawah ye.

Mula-mula, Dr. scan melalui vagina. Ni gambar hasil imbasan. Lupa perincian dia.


Antara perkara yang diterangkan oleh Dr. ialah berhubung dengan pakej rawatan. Bermula dengan RM8,800. Disusuli RM13,800 dan satu lagi pakej RM19,800. Yang membezakan pakej-pakej ni ialah kadar keberjayaan iaitu 30% bagi pakej RM8,800. Manakala, pakej RM13,800 dan RM19,800 pula sebanyak 60%. Mungkin beza ni dilihat dari sudut pemberian ubat berkaitan, Omma lupa. 

Bagi yang ada kes tertentu seperti endo dll, Dr. sarankan untuk buat Frozen Embrio Transfer (FET) dengan kos tambahan sebanyak RM4,800. Sebabnya... nak bagi rahim rehat dulu selepas OPU. Perincian kos berkaitan adalah seperti di bawah.

Kos untuk FET. Description tu maknanya kadar pertemuan. Jadi, setiap kali pertemuan, bayaran kasar adalah sebanyak yang dinyatakan (tidak termasuk kos pendaftaran). Oh ya. Apa itu FET? Secara ringkas... FET tu maknanya embrio yang dibekukan untuk tempoh tertentu, kemudian... dinyahbeku dan baru dipindahkan ke dalam rahim melalui vagina.

Kos keseluruhan IVF dari awal dapat ubat kesuburan. Cuma... kena tolak kos P5 iaitu ET. Kos ET tu untuk Fresh Transfer.

Gambar di atas adalah result AMH. AMH ni bahasa mudah dia kuantiti telur yang kita ada. Rendah. Normal. Tinggi. AMH ni tak dapat nak detect kualiti telur. Mula-mula, Omma ingat result Omma rendah tetapi apabila berkongsi dengan sister TTCian, katanya berada dalam tahapan normal. Penerangan mudah boleh rujuk sini (i) atau (ii).


Ni ha result pap smear. So far tak ada apa-apa yang serius kecuali kulat/ fungal. Masukkan ubat sahaja dan boleh teruskan rawatan.


Kos pertemuan pertama di IVF Kasih. Kos meliputi.... pendaftaran, konsultansi, imbasan, ujian pap smear, ujian darah (AMH).



KLF 17 (25 November 2021)

 Hi, sisturs. Okey. Hari ni prosedur ERA. Sampai KLF, masuk bilik OT terus sebab appoinment jam 12.30 tengah hari. Oh ya. Sebelum tu, sampai...